Lilypie Kids Birthday tickers
Bersabarlah dengan ketentuanNya. ada rahmat yang tersembunyi. Bertemu berpisah kerana Allah. lumrah kehidupan insan beriman. moga saat nan indah ku harap berulang lagi. =)

Followers

Tuesday, February 7, 2012

AL-FATIHAH


Dari DIA kita datang, dan kepada DIA juga kita kembali. Al-fatihah kepada WAN NURIN BATRISYA BT WAN FAHMY REDZUAN yang telah pulang ke rahmatullah pada jam 5.45 pagi bersamaan 13 rabiul awal 1433 H.







T__T





sy panggil dia as kakak or kak aisya. sy tak pernah jumpa kakak, tapi sy sayang dia. kakak ni anak buah pada seorang 'teman' sy. kalau sy calling2 dgn teman sy tu, kakak mesti masuk dalam perbualan kami.


sy start kenal kakak ni masa ibu kakak tag gambar kakak kat fb teman sy tu. then sy tanya teman sy tu pasal kakak. sejak daripada tu, sy selalu tanya dia perkembangan kakak. niat dalam hati memang nak sangat melawat kakak. tapi, Allah lebih sayangkan kakak.. sy tak sempat nak ziarah dia semasa hayatnya masih ada..



seorang penghuni syurga telah kembali kepangkuan penciptanya.. tenanglah disana ye kakak. tunggu ibu & ayah di sana ye sayang.. semoga kak kelly & abe chik sekeluarga tabah menerima pemergian kak aisya.. Al-fatihah


**baru dapat message dari teman sy.. dia otw balik --> kelantan sebab nenek dia pulak tenat. dugaan demi dugaan datang kepada dia sekeluarga . sy tumpang sedih :( semoga kamu sekeluarga tabah menempuhi dugaan dariNya..


thanks for reading. salam


update ( 9.15pm : 8/2/20112) : he lost his grandmother around 4pm today. semoga mok(nenek) ditempatkan bersama orang2 yg beriman. ameen. Al-fatihah

Monday, February 6, 2012

cairrrrr... cairrrrr.. dan cairrrrr lagiiiiii


Ya Allah... taktahu nak cakap macam mana perasaan ni.. indahnya ciptaan Tuhan.. selama ni, saya selalu nampak mereka yang cantik & kacak.. tapi, kali ni... saya rasa macam... arghhhh.. sangat sempurna 'si dia' di mata saya ni... denggg~! kamu sangat handsome!!! T____T



Assalamualaikum.. :)



tiba2 rasa macam angau. hehe.. boleh tak nak cerita sikit pasal seseorang yang sangat istimewa pada saya?:) 'dia' mungkin tahu siapa 'dia'... tapi, 'mereka' yang taktahu apa perasaan saya yang sebenar pada 'dia'..


terasa macam nak memuji makhluk ciptaan Allah yang sangat istimewa & hampir sempurna kepada saya...


*subhanallah*


'dia' seorang lelaki biasa yang pada luarannya sama saja macam lelaki lain di luar sana. tapi pada saya.. 'dia' ada keistimewaanya yang tersendiri.. dengan 'dia' , saya jadi tenang & sangat gembira. mungkin sebab saya memang ada perasaan pada 'dia' kot.. hihi


tapi di mata saya.. 'dia' bukan saje handsome pada rupa, tapi handsome juga dari segi akhlak & agamanya... saya takboleh la nak memuji terlalu banyak.. tapi cukupla di mata saya...'dia' seorang yang beragama & elok rupa paras memandangnya.. :)



orang kata, tak semua benda atau perkara yang kita inginkan dalam dunia ni akan jadi milik kita... kan? tapi, saya sangat berharap... terlalu dan teramat berharap.. saya boleh memiliki dia...



thanks for reading. salam



'dia' --> kamu tahu sape kamu.. hehe :)

Friday, February 3, 2012

hehehe :D:D


Assalamualaikum :) rindu pulak nak membebel kat belog ni. hmmm... Alhamdulillah, saya sampai melaka dah. niat hati nak balik melaka sehari sebelum first paper. tapi tiba2 pulak ada hal malam ni. dengan berat hatinya, terpaksa la saya balik jugak hari ni setelah 'percutian' selama lebih kurang 2 minggu. hehehe


macam biasa lah, bila balik rumah... bukan boleh study sangat. tapi gigihkan jugak diri ni study kat rumah. mood nak study terbantut untuk jangka masa yang agak panjang sebab tiba2 abang saya balik, dia bawak virus demam T_T saya yang dah setahun tak demam *alhamdulillah* terus kena jangkit Y.Y



dah 2 minggu ni, tak baik2 lagi batuk. sakit bila batuk.. sakit kat kepala T_T macam2 jenis ubat batuk saya dah telan, tapi tak jalan jugak. sekarang ni cuba jelah dengan air zamzam. semoga dengan khasiat air zamzam ni, elok lah batuk saya ni esok lusa. insyaAllah :)


okay2, abaikan la ye.. nak cerita benda lain ni.. hurmm.. macam biasa, sebelum balik melaka.. saya akan settlekan kerja2 kat rumah dulu. nanti takdelah umi susah sangat. lepastu, saya akan tanya apa yang umi nak beli.. untuk stock 2 minggu sampai saya balik nanti..


masa tengah tulis2 senarai apa yang nak kena beli, umi tiba2 cakap macamni...


"jangan lupa beli earphone. nanti senang nak bergantung malam2. kalau bergantung lama2 tak elok sebab nanti phone tu panas. lepas tu mengadu sakit kepala pulak. nanti balik beli earphone tu...."


saya pelik jap masa tu.. lepastu baru dapat tangkap apa yang umi nak sampaikan.. hehehe :p :p malu :'')



Alkisahnya macam ni.. masa cuti haritu, saya tido dengan umi. takdela tiap2 malam. tapi ada la beberapa malam.. lepastu, ada 2 malam masa tido dengan umi.. ada seseorang ajak gayut :) masa malam yang 1st tu, umi dah tido.. tapi esok paginya.. bangun2 je umi tanya "bergantaung dengan F****L ke malam tadi? umi tak tido lagi la masa tu..." hahahaha malu :D


kali kedua kantoi = semalam.. tiba2 seseorang tu ajak gayut lagi. masa dia call tu, umi kat dapur. tiba2 masa tengah cakap, umi masuk.. masa tu saya tengah senyum2.. umi dah start geleng2 kepala sambil senyum2. kuikui :p saya terus keluar bilik sebab malu.. hihi...


1st time cakap dengan seseorang depan umi tengah malam. huhu.. umi okay je :D okaylah, sambung study. masa tak banyak dah.. thanks for reading. salam :)

Monday, January 30, 2012

Belajar Menundukkan Pandangan







Ciri-ciri khas seorang mukmin adalah mereka mampu menjaga pandangan mereka. Seseorang lelaki tidak sewenang – wenangnya memandang seorang wanita, dan begitu juga sebaliknya. Mereka juga tidak mudah memanjakan mata mereka dengan melihat aurat orang lain yang diharamkan.


Pandanglah perkara-perkara di depan kita sekadar yang perlu sahaja. Dalam perjalanan apabila terserempak pemuda tampan tersenyum menawan atau gadis cantik melirik manja, bersegeralah memalingkan pandangan kita. Ingatlah, pandangan pertama adalah dibolehkan untuk kita tetapi pandangan selanjutnya tidak boleh untuk diteruskan.


Mungkin perkara ini sangat sukar dilakukan. Menundukkan pandangan ditengah kehidupan masyarakat yang semakin bebas bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Tetapi sebenarnya kita harus ingat, sesuatu kesusahan itu dicipta oleh Allah untuk ditakluk oleh keimanan kita. Apabila berusaha untuk menawannya, ia akan melatih jiwa kita untuk lebih kuat untuk menghadapi segalanya, malah lebih bersedia dan mampu menahan beratnya ujian pada masa akan datang. Insyaallah, kita semua mampu melakukannya.

Daripada mata, jatuh ke hati. Didalam hati, terkumpulnya nafsu.


Peliharalah mata, kerana dari matalah bermulanya segala dosa. Bertahanlah disaat godaan itu menarik perhatian mata kita. Kuncilah keinginan itu agar tidak menjadi samakin liar dan sukar dikawal. Menahan pandangan adalah lebih ringan daripada menahan siksaan yang disebabkan olehnya.


Andai kita membiarkan mata kita memandang seenak hawa nafsu, pasti kita akan mula berangan – angan dan hati kita tidak akan lepas dari bayang-bayangnya. Senyumannya yang manis, lirik mata yang manja, raut wajah yang jelita, tubuh yang mantap dan sebagainya pasti menghambat perasaan kita disetiap detik kehidupan kita selepas itu. Keinginan untuk memilikinya akan membuatkan jiwa kita tersiksa andai tidak dapat dicapai. Pernah rasa tak? siapa yang pernah merasainya pasti akan mengakuinya.


Janganlah kita kerasakan pandangan mata adalah sesuatu yang remeh. Pandangan pertama boleh membuatkan sukar hati kita untuk menghalang rasa ingin melihatnya sekali lagi. Pandangan yang menawan kita, pasti akan menggoda mata kita untuk berpaling memandang sekali lagi.


Dan apabila kita menurutinya, ia akan memujuk hati kita untuk memandang lagi dan lagi. Sehingga kita menjadi tidak berdaya untuk menolaknya. Semuanya bermula daripada satu pandangan, dan berakhir dengan desakan ingin melihatnya lagi dan lagi.


Jagalah mata dan pandangan. Kerana mata adalah sesuatu yang suci. Dengan mata juga kita berharap akan nikmat yang paling besar diakhirat kelak, iaitu menatap wajah Allah SWT!



‘ Sesiapa yang takut akan kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari menuruti hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempatnya.’ - ayat 40 dan 41 surah al-Naa’ziaat





sumber : aku islam