Lilypie Kids Birthday tickers
Bersabarlah dengan ketentuanNya. ada rahmat yang tersembunyi. Bertemu berpisah kerana Allah. lumrah kehidupan insan beriman. moga saat nan indah ku harap berulang lagi. =)

Followers

Thursday, December 30, 2010

entry terakhir untuk 2010.. babaiiiii 2010





Assalamualaikum. pejam celik pejam celik, dah hujung 2010. Rasa masa sangat2 cepat berlalu. sedih betul nak tinggalkan tahun 2010. serius, tak rasa langsung masa berjalan. haihhhh -.-'' hani pasti akan rindukan setiap detik & kenangan bersama 2010.


babai 2010... babai semua kenangan. awk duduk baik2 dalam 'kocek' saya ye. *sedihhhh


ni hani share lirik lagi untuk semua. hani suka lagu ni sejak sekolah lagi. lagu ni buat hani rasa sangat tenang. meh meh . nanti kalau nak dengar, pegi lah youtube ke apa ke. okeyy ? ;)


Cinta dan Harapan : Firdaus


Kemarin hanya tinggal kenangan
Bersama peristiwa semalam
Adakah hari ini yang ku tempuh
Kan bersinar untuk hari esok

Benarlah apa yang telah dikata
Penantian itu satu penyiksaan
Kepastian membunuh kerisauan
Ketabahan mendamai keresahan

Dalam dada ada bara cinta yang menyala
Dalam cinta ada kita berdua
Tiada siapa bisa mengungkai rindu di jiwa
Dengan iman dapat kita membendungnya

Hanya kudrat Tuhan
Yang bisa menyatukan
Dan bisa meleraikan
Cinta sesama insan

Rahmat kasih sayang
Yang amat diharapkan
Untuk kita abadikan
Kasih di alam cinta bahagia



babaiiiii ... jumpa di entry akan datang ye. entry pertama untuk tahun baru 2011. bubbyeeeeee :)











Saturday, December 25, 2010

perbualan hati & akal yang menyedarkan saya.





Assalamualaikum. tadi hani baca artikel artikel kat i luv islam. so , bila baca tu, ada lah yang menarik minat hani & hani rasa sangat2 kena kat batang hidung hani. lepas hani baca, hani jadi tenang.. walaupun tak sepenuhnya..ermmm.. jom, hani share. mungkin ada antara korang yang melalui benda yang sama.









Di sebuah pondok usang milik seorang hamba, akal dan hati berbual berkenaan kasih dan cinta..

Akal : Assalamualaikum, sahabat.

Hati : Waalaikumussalam...

Akal : Apa khabar iman anda?

Hati terdiam...

Akal bertanya sekali lagi.

Akal : Apa khabar iman anda?

Hati : Kurang sihat mungkin.

Akal : Mengapa?

Hati : Aku merindui dia segenap jiwaku...

Akal : Dia yang mana, sahabatku?

Hati : Kedua dia. Dia yang hakiki, juga dia yang entah kemana akhirnya..

Akal : Tidak mengapa, Itukan fitrah manusia.

Hati : Tapi rinduku kepadanya kadangkala membuat jiwaku runsing. Fikiranku melayang terbang jauh ke angkasa. Kadangkala ketika beribadah juga aku teringat dia.

Akal : Cintamu padanya, juga cintamu padaNya, cinta padaNya kan yang lebih utama.

Hati : Tapi... Aku benar cinta dia. Aku benar rindu dia. Aku mencintainya kerana Allah. Kami saling menasihati kepada kebaikan. Aku mahu mengejar syurga bersamanya. *hani selalu ckp ayat ni pada dia*

Akal : Apa makna cinta?

Hati : Kasih dan sayang.

Akal : Bagiku cinta itu gila.

Hati : Mengapa pula?

Akal : Apabila kita mencintai seseorang, kita asyik teringatkan dia. Apa yang dikata jangan, sebaik mungkin kita elakkan. Apa yang diminta, seboleh mungkin kita usaha. Bila ada yang lain mendekati, bergelodak rasa cemburu. Apa kau rasa begitu?

Hati : Ya. Begitu yang aku rasa.

Akal : Apa kau tahu apa pula ibadah?

Hati : Orang kata ibadah itu taat dan patuh.

Akal : Ibadah itu juga adalah cinta.

Hati : Bagaimana dimaksudkan begitu?

Akal : Ibadah itu cinta. Berkasih-kasihan dengan Tuhan.

Hati terdiam lagi...

Hati : Jadi... Apa sebenarnya yang ingin kau sampaikan wahai akal?

Akal : Fikirkan, kalau kau benar mencintai dia kerana Allah, apa kau ada mengadu kepadaNya?

Hati : Aku puas sudah berdoa. Aku mendoakannya empat puluh kali setiap hari. Siang dan malam! *ini juga hani selalu lakukan*

Akal : Apa kau berdoa kepadaNya hanya kerana apabila kau terasa jauh dengannya? Apa kau hanya melipatgandakan ibadahmu ketika jiwamu rasa tak tenang?

Hati diam dan tertunduk...

Akal : Bagaimana boleh kau katakan cintamu kerana Allah. Sedangkan kau mengabaikan Dia ketika cintamu dengannya sedang indah bercahaya. Sabarlah wahai hati. Doamu mungkin tidak makbul sekelip mata. Barangkali Allah akan memakbulkannya di lain masa. Barangkali Allah ada hadiah yang lebih berharga untukmu!

Aliran sungai merah terasa semakin deras mengalir ke kepala...

Akal : Cinta kepada manusia yang gila seperti itu, hanya layak disandarkan kepada Allah. Allah menarik cintamu kerana Allah lebih mencintaimu. Allah merindui doa dan tangisan hambanya. Allah mahu kau kembali mengindahkan cintamu kepadaNya!

Hati mulai menangis... Sepi... Kesal...



Serius, hani sangat tersentuh baca artikel ni. SANGAT-SANGAT. Mungkin, hani jauh dari DIA , sebab tu hani diuji macamni. Solat memang tak tinggal, tapi sebagai manusia, kita sering lupa pada DIA bila kita mengecap kejayaan atau kegembiraan. Ya Allah... T______T



** kenapa ye. hani sangat sayangkan dia? sangat sangat. sangat sangat dan sangat sangat. ohh hati, sila kuat & tabah ! :')