Lilypie Kids Birthday tickers
sisters, do you think that a prince of deen will marry you while you just sit in front of your laptop, busy updating your status about marrying a righteous man or sharing almost all of Irma Hasmie's marriage photos and saying how lucky she is to become a wife of a great man? Will a prince of deen look for you just because of your splendid poem about marriage, your 'surat-buat-calon-suami' entries or your 'menanti-bakal-imamku-dunia-akhirat' status?

Friday, March 25, 2011

Tanda2 lelaki merajuk.. erk ? -.-''



Assalamualaikum :) lelaki merajuk? kadang2 rasa menyampah pulak kalau tengok lelaki merajuk. macam ngade2. upsss! sowrieee. tapi, sebenarnya perasaan merajuk ni lumrah ke atas diri lelaki & perempuan. betul tak? merajuk ni muncul bila sesuatu keinginan kita tak ditepati ataupun orang yang berada di sekeliling tak memahami diri atau keadaan kita yang sebenar.

tapi kalau dalam bab ber-chenta berbunga2 ni, biasanya perempuan yang banyak merajuk. kalau si encik pakwe tak bagi apa yang si cik makwe nak, cik makwe mula lah tarik muka patblas. mulut muncong boleh buat reben ikat hadiah. bukan cik makwe je. kadang2 puan isteri pun selalu merajuk bila encik suami tak approve bajet nak berbelanja lebih. heheh. jangan mareeee :P tapi, hani percaya.. tak semua orang perempuan kaki merajuk hentak2 kaki. da jugak yg cool macam hani. haha :P

kalau orang perempuan, kita dah tahu macam mana mereka merajuk kannn. kalau lelaki pula macam mana ye? jom2 cik makwe & puan isteri, kita tengok macam mana agaknya encik lelaki ni merajukkkk ;)


Gambar ihsan pakck google


Diam Seribu Bahasa
Dia diam je sepanjang ada dengan kita. Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiayakan atau dia anggukkan kepalanya saja. Dia sikit pun tak akan layan kita seperti sebelum ini. Jika benda ini berlaku, sah lah tu dia merajuk dengan kita.

Buat Tak Tahu
Dia akan buat tak tahu dengan kita. Jika kita minta tolong dengan dia seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh je. Paling teruk, dia buat-buat tak dengar (pekak betul-betul baru tau!). Ini cara protes yang paling teruk sebab dia bukan je buat kita geram tapi buat seolah-olah kita ni tak wujud.

Menolak Untuk Makan Bersama
Bila lelaki merajuk biasanya dia tak nak jumpa kita atau face to face dengan kita. Dia akan bagi alasan seperti "awak makan la dulu, saya kenyang lagi la..lagipun, saya dah makan dengan kawan saya tadi" (walhal perut lapar... nak uji dorang, kita dok je sila depan dorang, sambil makan... )

Masam Muka
Tindakan yang ni ialah tindakan yang paling kita geram. Dah lah tak nak cakap ngan kita dah tu nak tarik-tarik muka pulak. Tak puas hati la konon. Tapi adat la kalau orang dah merajuk. Perempuan pun lebih kurang je! (amik hanger, gantung kat muncung dia)

Baca Surat Khabar
Bab ni memang tabiat orang lelaki. Tapi kalau surat khabar tu dibaca banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa dia tak tenteram & ada sesuatu yang mengganggu diri dia. Lagi-lagi pulak kalau tengah-tengah malam buta.

Menonton Televisyen Hingga Lewat Malam
Dia akan tengok TV tu sampai larut malam walaupun rancangan tu bukan rancangan kegemaran dia. Mata dia di TV tapi hatinya ke lain. Kita kena peka beb!

Keluar Rumah Tanpa Beritahu
Ada lelaki yang tak akan memberitahu mana dia nak pergi. Nak protes la tu kononnya. Kita jangan paksa dia untuk menjawab pertanyaan kita kerana confirm dia akan buat dek je!

Matikan Telefon Bimbit
Ha ni satu lagi tabiat lelaki. Dia tak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. Untuk mengelakkan kita mengganggu dia, dia akan matikan telefon bimbit dia & bagi alasan bateri kong. Alasan dia satu je, dia tak mahu dengar suara kita takut perasan marahnya lagi kuat... Alaa, bila dah rindu call jugak last-lastnyer!

Hisap rokok
Macam tak pernah dapat rokok setahun...





Gambar ihsan pakck google

:P


Mengikut pengalaman hani dulu, ,masa si dia merajuk, si dia memang akan diammmmm je. Hani cakap la panjang berjela macam mana sekalipun, dia akan diam. Paling buat rasa geram macam nak cubet2 je mulut dia, bila hani tengah bercakap, tiba2 dengar dengkuran. Ngeh2. Memang masa tu rasa geram gilos. Tapi, sebab sayanggg.. rasa macam kiut je bila dia tidur. Manja. Haha :P

Kadang2, bila si dia merajuk, dia akan off phone. Yepp! Ni memang cara yang dia selalu guna. Kalau tak off phone pun, dia tak akan angkat bila hani call. Hani punya la call berpuluh2 & ratus kali.. naik kematu jari ni haa. Tapi dia boleh tak angkat. Bila dia dah angkat & hani Tanya knp tak jawab phone, dengan takde rasa bersalah.. dia kata ‘’alaa tak dengarrr. Tapi, ni kan da angkat”.. rasa macam nak marah. Tapi, bila dia buat suara manja, terus cair hati aiii. Hehhe :P



:)

Kesimpulannya, sila alert pada perasaan partner anda ye. Tak kisah la partner ke ayah ke abang ke… sapa2 je lahhh. Sebab, tak elok taw bila kita sakitkan hati orang, pastu kita biarkan je. Tak seronok lah kannn. Kalau boleh,, biarlah kita sentiasa menyenangkan hati orang dengan harapan orang akan buat macamtu semula pada kita.insyaAllah.. lagipun, hidup Cuma sekali. Jadi, berbaik2lah sesame kita .. ngeeeeee. Nasihat ni ada kaitan ke ? :P okieesss,, sudah dulu. Nanti next entry cik hanny share cara nak pujuk lelaki merajuk pulak. Hee . taaaaa. Assalamualaikum

1 comment:

. i n n z c h u b b y . said...

anda telah di"tagged" oleh inn...

so, check it out here!

http://innzchubby.blogspot.com/2011/03/apa-5-perkara-yang-perlu-anda-tahu.html