Lilypie Kids Birthday tickers
sisters, do you think that a prince of deen will marry you while you just sit in front of your laptop, busy updating your status about marrying a righteous man or sharing almost all of Irma Hasmie's marriage photos and saying how lucky she is to become a wife of a great man? Will a prince of deen look for you just because of your splendid poem about marriage, your 'surat-buat-calon-suami' entries or your 'menanti-bakal-imamku-dunia-akhirat' status?

Tuesday, July 5, 2011

inilah dia lelaki... tidak syak lagi. :D


Assalamualaikum. eh, bz2 pun nak update belog ke cik hanny? wuwuwuw. bole je ni haaa update. sementara wifi EP ni baik hati, boleh la. kang kalau datang mereng dia, nak buat apa pun tak jalan. huhu. tadi baru je baca blog BRO BEBEN. hihi. dia cite pasal "blog berkisar peribadi kurang mendapat perhatian". mungkin sesetengah blogger yg tulis hal peribadi mereka ni nak kan perhatian. alaaa.. mcm sorang budak tuuuu. semua benda nak tunjuk. ishhh. pelik betul. pastu suka gak sound2 orang. tapi sound yg berkias. pastu bila orang tanya, berkias lagi. tak ke pelik manusia tu? huhu. takpela, abaikan saje ye. ni nak share sikit pasal kaum adam. sikit je la. tak banyak :D


pada hani, belog ni hak individu. mereka ada hak nak tulis apa pun. tapi, jangan lah over sampai boleh menimbulkan riak pada diri sendiri. bila kamu dah menunjuk2, orang akan bercakap belakang. kan tak pasal2 dah buat mereka yg bercakap ni berdosa. jangan kata "kalau tak suka, jangan lah baca. kalau tak baca, takdelah mengumpat." makcik oit, kalau macamtu, baik private kan je belog kamu tu. kan kan. habis cerita :)



------------------------------------------------------


okayyy, back to the topic. ini hasil kajian ya. mungkin betul, mungkin jugak tidak. credit to REMAJA



Lelaki bersuara garau SEKSI

Terdapat segelintir perempuan agak mudah terpikat dgn lelaki yg bersuara garau? Bagi mereka, lelaki bersuara garau adalah seksi kerana terbukti kelelakian mereka. Menurut kajian yg dijalankan oleh pakar psikologi Jill O’Connor dari McMaster Uni, Hamilton, lelaki bersuara garau lebih kelihatan maskulin dan seksi

Hanny : hmmmm.. wondering @_@ dah tu kenapa ada je lelaki yg nak ubah2 suara jadi selembut2 suara eh? Tak bersyukur… KOT? Ish3.. dunia akhir zaman~ lagi 1, hani dengar suara laki sama je. Celah mana tah yg seksi tu pun hani tak tau. Ngeh3 :D

Lelaki tidak romantic

Sering kali kita lihat hero dlm filem muncul dengan sejambak bunga apabila si gadis merajuk hati. Dalam novel jangan cerita lah. Lelaki dalam novel ni umpama lelaki yang semua orang idam2kan. Perfect lah konon2nya. Diingatkan disini ya, lelaki yg kita lihat dalam filem atau novel tu, sangat jarang ada dimuka bumi ni. Lelaki tak romantic. Kalau ada pun, sangatlah sikit peratusannya. So, jangan lah paksa2 bf kamu melayan keinginan kamu utk melihat dia sebagai seoarang yang romantic. Tak semestinya kalau tak romantic, si dia tak sayang kamu.

Hanny : be positive my dear. Jangan la merungut macam2 kat lelaki kamu. Asyik2 cakap “ehh.. kenapa awk tak macam bf org tu?kenapa awk tak bagi sy bunga?ehh kenapa awk lupa hari ni kita kena tengok wayang?benci la awk ni!sy merajuk!” ohhh dear, macam cacat je. Hukhuk -.-“

Lelaki tidak suka bergosip

Kebanyakan lelaki, tidak gemar bergosip. Ini disebabkan, lelaki dilahirkan sebagai seorang yang ringkas dan tidak banyak kerenah. Namun begitu, jangan sangka lelaki langsung tidak bergosip. Mereka juga bergosip tetapi, tidak seperti perempuan. Ada kalanya, lelaki lebih hebat mengumpat dari perempuan tauuuu~ :D Cuma, bila dah habis cerita tu, mereka akan tamat disitu saja. Tak macam perempuan. Asyik bercerita benda yang sama berulangkali.

Hanny : hahaha. Ayat last, agak kurang asam! :P sentappppp okeyyy! Huahuahua. Perempuan bukan suka mengumpat, tapi Cuma nak meluahkan rasa tak puas hati, tu jeeeee :D

Lelaki selalu mengagungkan ibu mereka

Bagi lelaki, ibu adalah perempuan yang paling sempurnadi mata mereka.kebiasaannya, mereka banyak memuji dari segi masakan dan penampilan.lebih2 lagi jika lelaki itu membesar 24/7 bersama ibunya.

Hanny : dalam islam sendiri mengatakan bahawa ibu akan kekal di takhta pertama walaupun seorang lelaki itu sudahpun berkahwin. Memang ibu akan sentiasa jadi yang paling sempurna. Tapi, BERHATI2 ya, jangan sampai kamu menyamakan “belakang” ibu kamu dengan isteri kamu. Dikhuatiri akan berlakunya ZIHAR.

Lelaki sanggup berjaga malam kerana hobi

Ini memang terbukti apabila kita melihat golongan lelaki seperti ini berjaga malam hanya kerana mahu menyaksikan perlawan BOLA SEPAK! Jika pada musim perlawanan bola sepak, kedai2 mamak pasti dipenuhi dengan golongan lelaki seperti ini. Mereka sanggup abaikan tidur , asalkan dapat menonton setiap saat perlawanan.

Hanny : ni memang sudah semestinya. Kadang2 bengang jugak kannn. Bukan kata bola je. Kadang2 game pun salah 1 sebab lelaki ni tak tidur malam & abaikan orang yang tersayang. Makan bola, tidur bola, minum bola. Semua bola. Tapi, kenapa tu hanya ungkapan yg tak dilaksanakan? Kan ke bagus kalau makan bola bulat tu betul2. Takdela susahkan orang :P



1 comment:

Mrs. Mazlan said...

yg last 2 betul2..
husband akak sggup jaga pkl 4 pagi
smata2 nk tgk ladang die da msk ke blm..
penangan farmville..
adoii..adiccted btl die.