Lilypie Kids Birthday tickers
sisters, do you think that a prince of deen will marry you while you just sit in front of your laptop, busy updating your status about marrying a righteous man or sharing almost all of Irma Hasmie's marriage photos and saying how lucky she is to become a wife of a great man? Will a prince of deen look for you just because of your splendid poem about marriage, your 'surat-buat-calon-suami' entries or your 'menanti-bakal-imamku-dunia-akhirat' status?

Friday, July 22, 2011

Rindu .. rindu sangat sangat.. sangat sangat rindu

Assalamualaikum. emmm.. rindu.. semua orang boleh rasa perasaan rindu kan. tak kisah la rindu pada siapa pun. tapi, bagi hani sekarang.. rindu hani sangat kuat untuk arwah ayah hani. sorry lah pada yang taknak baca. dekat belog ni lah cara hani melepaskan kerinduan pada arwah ayah hani.


pejam celik pejam celik.. tinggal lebih kurang satu minggu lagi kita akan bertemu bulan ramadhan kannnn. tak pernah hani duga, ramadha tahun lalu adalah ramadhan terakhir kami bersama ayah. hani tulis kat belog ni, bukan nak meriah simpati sesiapa. tak pernah sikit pun terlintas rasa macam tu. hani tahu, masih ada manusia yang busuk hati akan cakap hani ni nak mintak simpati orang. hani tahu ada yang bercakap macam tu. pada mereka yang berkata sedemikain... terima kasih banyak2 hani ucapkan.


Ramadhan tahun lalu, ayah masih kuat. percaya atau takkk.. masa ramadhan yang lepas, ayah tiap2 hari hantar hani pergi campus. ulang alik muar melaka. ayah hantar pagi.. & ayah akan tunggu sampai kelas hani habis. bila hani cakap hani boleh balik sendiri, ayah tak bagi. ayah kata takpe, ayah boleh tunggu hani. bila petang, ayah akan tanya hani nak buka apa. kalau hani tak masak, ayah akan bawak hani pergi cari makanan untuk buka. walaupun hani tahu ayah penat sebab tunggu hani kat melaka , tapi ayah tetap nak bawak hani keluar cari apa2 yang hani nak... tahun ni.. dah takde semua tu lagi.. hani rindu ayah.. rindu sangat2 T_____T



dulu, bila start je puasa, ayah dah tanya "bila adik nak beli baju raya?".. masa kecik2, hani eksaited sangat nak beli baju raya. ayah sanggup ikut hani cari baju.. ayah tak cakap pun ayah penat kat hani. ayah ikuttttt jeee.. tapi, ayah cakap kat umi yang hani ni cerewet bila nak beli barang. penat ayah ikut pusing2 tapi tak ambik satu apa pun. :') tapi, ayah tak cakap kat hani sebab ayah tahu, hani akan merajuk bila ayah cakap macamtu. bila hani dah siap pilih baju, ayah terus bayar. then ayah akan tanya "cukup ke ni dik? taknak beli lagi? kasut? tudung?" .. bila hani dah besar, hani dah tak kisah pasal persiapan raya.. bila ayah tanya bila nak beli baju raya, hani akan cakap.. takpelah ayahh. takbeli pun takpe. tapi ayah tetap bagi duit suruh beli. hani tahu.. ayah sentiasa nak bagi yang terbaik untuk hani. :'(


tahun lepas, hari raya terakhir kami kat cameron highland. macam biasa, bila pergi mana2 pun, ayah akan tanya hani nak beli apa. biasanya, apa yang hani nak.. semua ayah akan belikan. contoh bantal strawberry.. dah banyak dah hani ada. tapi bila hani pegang je, ayah senyum & terus suruh hani ambik. kalau hani kate takpayah, ayah suruh jugak ambik. senang cakap.. apa pu barang yang hani pegang, ayah akan belikan untuk hani.. hani rindu... :'(


hani tahu, hani patut bersyukur.. hani sempat rasa kasih sayang ayah untuk tempoh 20 tahun. sesetengah orang, lahir2 dah takde ayah. dah takde ibu. sekurang2nya hani sempat merasa kasih sayang ayah. pelukan mesra ayah. & ciuman kasih ayah..





ni hidangan terakhir arwah ayah hani sebelum dia pergi tinggalkan kami semua. hani masih terbayang bayang senyuman terakhir ayah pada hani. hani masih terasa ciuman terakhir ayah pada pipi hani. ayah suka cium pipi hani. depan orang pun ayah cium pipi hani. sampai hani dah besar pun, ciuman tu tak pernah berubah. bila hani bangun pagi, mesti ayah akan cium pipi hani. sekarang dah takde. yaAllah.. rindu ni sakit yang teramat sangat..


hari tu, masa ayah hani meninggal.. ada seseorang tu cakap.. dia akan selalu dengan hani. dia taknak biarkan hani sedih & menangis lagi. tapi, janji tu cuma tinggal janji. bila hani cari dia untuk luahkan rasa rindu hani pada arwah ayah hani, dia selalu je mengelak. bukan hani merengek. bukan hani menggedik. tapi, hani cuma nak lepaskan rasa rindu yang ada. tu je. tapi hani tahu.. mana kan sama kasih sayang seorang ayah dengan orang lain. janji semua orang boleh buat. tapi, tak semua mampu tepati. takpe, mula2 mungkin hani terasa hati. tapi sekarang.. hani dah tak terasa hati dah.. cuma, hani dah mula tawar hati.


hani bukan meratap pemergian arwah ayah hani.. tak sama sekali. ni cuma luahan hati hani yang hani tak mampu nak luahkan pada siapa2 lagi. pada yang masih mempunyai ayah & ibu, mungkin anda takkan rasa apa yang hani rasa sekarang ni. tapi, 1 hari nanti.. kamu akan rasa jugak betapa sakitnya kehilangan orang yang paling penting dalam hidup kamu. thanks baca. assalamualaikum :)


*rindu ditinggalkan kekasih tak sesakit rindu ditinggalkan wali dlm hidup kamu.*

2 comments:

ZuRaNaI said...

jage dri kamu baik2 syg..takpe..luahkan aje okey..=))

Zati Zaty said...

hani.. xde sape nk marah hani nk luah kn perasaan tu..
semua org akan rasekn nye dik..
byk2 sbr k.. hidup mesti di teruskan.. kuat ye..
take care dear..