Lilypie Kids Birthday tickers
sisters, do you think that a prince of deen will marry you while you just sit in front of your laptop, busy updating your status about marrying a righteous man or sharing almost all of Irma Hasmie's marriage photos and saying how lucky she is to become a wife of a great man? Will a prince of deen look for you just because of your splendid poem about marriage, your 'surat-buat-calon-suami' entries or your 'menanti-bakal-imamku-dunia-akhirat' status?

Wednesday, August 10, 2011

rindu. sayang. terharu. sebak.



Assalamualaikum. alhamdulillah, dah selesai midterm subject entrepreneurship. ada lagi 5 midterm menanti. phewwww. letihhhh! tadi punya exam, okaylahhh. boleh tahan & boleh jawab. cuma ada 1 soalan 4 markah hani tak jawab sebab blur masa tu. alasan blur sebab dalam dewan sejuk sangat. ahaha boleh? :P takdela, hani tak jawab sebab hani tak ingat. puas memerah otak , tapi tak boleh ingat jugak. daripada hani merapu meraban & mengundang gelak tawa lecturer, baik hani kosongkan je. hihi :D


pejam celik pejam celik, dah masuk hari ke11 kita berpuasa kannnnnnn. cepat betul masa berlalu. tinggal lebih kurang 20 hari lagi untuk kita bersama bulan penuh mulia ni. sepanjang ramadhan kali ni, hani cuma berkesempatan solat terawikh berjemaah 2 kali je. lain2 semua buat sendiri sebab boleh dikatakan hampir tiap malam hani ada class & midterm. sedih sebenarnya. sayu je hati bila dengar pak imam baca surah mendayu dayu lagu nya. rasa macam nak berada dalam jemaah tu. tapi, apakan daya...... hurmmmm :'(



masa 9 ogos hari tu, genap 2 bulan pemergian ayah tersayang ke rahmatullah. hani mimpi ayah malam tu. mimpi apa tu biarlah hani sorang yang tahu. yang pasti, kerinduan pada arwah ayah makin memuncak. susahnya nak ungkapkan dalam kata kata. nak mengadu pun rasa malu sebenarnya. nanti apa pulak orang kata. orang kata hani tak redha la, hani lembik la.. tapi, rindu di hati ni, memang sakittttttt sangat. apa lagi bulan ramadhan ni. bila balik muar, selalu terbayang ayah tanya hani nak makan apa bila waktu berbuka. lepastu, pukul 8 lebih sikit, ayah start kereta untuk pergi masjid. dekat pukul 10 ayah balik & ayah akan duduk kat meja makan. nak ulang makan sikit apa yang ada. rinduuuu sangat :'(



tapi sekarang, bila balik muar... cuma hani & umi berdua je. buka puasa pun biasa biasa. tak mewah dengan makanan macam dulu. biarlah bersederhana. lagipun, kami berdua je yang nak makan. paling terharu bila tiap petang umi akan tanya hani nak beli apa apa kat bazar ramadhan ke. macam dulu, umi selalu bising kat ayah sebab tiap hari ayah akan bawak hani pergi bazar. kadang2 beli kuih seringgit je pun. tapi, still ayah akan ajak keluar. umi potpet potpet masa tu sampai ayah kata biarkan je umi bebel2. hehe. tapi sekarang, umi pulak yang ambik alih tempat ayah. bila hani balik muar, umi akan tanya nak buka apa, nak pergi bazar ke takkk. minggu lepas hani ada kat muar 3 hari.. tiga2 hari umi bawak hani keluar. kalau tak pergi bazar pun, pergi kedai cari air untuk buka puasa. terharu & sebak sangat :'(



hani perasan sekarang yang, umi cuba buat apa yang ayah pernah buat pada hani dulu. mungkin di luar sedar umi atau mungkin jugak umi nak hani rasa yang walaupun ayah dah takde, kasih sayang ayah masih ada untuk hani dalam diri umi. sedihnyaaaaaaa! :'( lama dah rasanya hani tak menangis. tapi malam ni, rasa rindu sangat kat ayah & umi. rasa tak sabar nak balik muar jumaat ni.



masa hari sabtu haritu, hani teringin nak makan murtabak. umi pun bawak la hani pergi tempat yang kami selalu beli. tapi, murtabak tu dah habis. bila hani cakap dah habis, umi asyik tanya je "benda lain nak tak? nanti kita cari murtabak lain kali". hani cakapla hani taknak pape dah. tapi, umi tetap jugak tanya "kuih nak? kita tengok apa yang orang kat depan tu jual eh". huhuhuhuhu. lepastu, umi berhenti kan kereta kat satu gerai tepi jalan ni. makcik tu jual lauk. lepastu umi ternampak ada macam signboard orang jual murtabak. tapi tak bukak pun. umi terus tanya kat makcik tu , kedai murtabak tu bukak pukul berapa. makcik tu cakap, orang murtabak tu jual malam. lepas tu, umi tanya hani "malam ni nak beli murtabak kat sini tak? " . huhuhu rasa sebak sangattt. padahal sebelum ni, umi malas nak keluar malam. tapi, disebabkan hani takdapat murtabak, umi sanggup offer nak keluar malam :'(



bila hani cakap taknak, terus umi cakap "next week hari jumaat umi ambik petanglah. nanti boleh tengok apa2 ada kat bazar kat melaka tu." sobssssss . taktahu nak cakap apa lagi dahhhh. besarnya kasih sayang seorang ibu. yang pasti, sampai bila bila pun hani takkan mampu balas jasa umi & arwah ayahhh. hani rindu ayah. hani rindu umi. hani sayang umi. hani sayang ayah.



*lap air mata*


thanks for reading. bubbye. Assalamualaikum




da mula nak emo je. sebab apa tah. mungkin sebab banyak sangat benda nak buat tapi, masa yang ada sangat lahhhhhh suntuk.





4 comments:

♥mRs fuAin♥ said...

cdey..~
sayang mesti kuat..
tabahkan hati taw..(;

hanny maness said...

ain :

thanks ain. insyaAllah =)

Ainul Hayat said...

Hani,

Sedih lak akak baca. Akak pun xde parents. Gaya mak hani sebijik macam abg-abg akak kalau akak teringin nak makan sesuatu tp mknan tu xde, diorg akan usahakan sampai akak dpt mkn. Diorg taknak akak kempunan.

Mmg besar pengorbanan parents/ keluarga kita ni. Pe pun hani kene strong tau. Bila ingat kat arwah ayah, sedekahkan Fatihah yerp.

najwa cherel said...

besarnye kasih n pengorbanan seorang ibu..