Lilypie Kids Birthday tickers
sisters, do you think that a prince of deen will marry you while you just sit in front of your laptop, busy updating your status about marrying a righteous man or sharing almost all of Irma Hasmie's marriage photos and saying how lucky she is to become a wife of a great man? Will a prince of deen look for you just because of your splendid poem about marriage, your 'surat-buat-calon-suami' entries or your 'menanti-bakal-imamku-dunia-akhirat' status?

Wednesday, October 5, 2011

rindu betul kat ayah :'(



Assalamualaikum :)


diam tak diam, 9/10 ni genap empat bulan ayah tinggalkan saya. sepanjang tempoh ni, memang susah untuk saya terima hakikat yang saya dah takde ayah. bukan tak redha, tapi rasa macam tak percaya. rasa macam mimpi. tapi, ni bukan mimpi. ni kenyataan. ayah memang dah takde. sape2 yang dah takde ayah, mesti faham perasaan ni kan.


banyak sangat benda yang hani rindukan tentang ayah. rasa macam entah bila hani dapat rasa happy macam dulu...


1. dah lama tak makan ikan besar yg mahal. errr.. macam ikan siakap ke ikan ape2 jelah. dulu, kalau saya balik, mesti ayah belikan ikan sebab ayah tau, kat melaka bukan senang nak jumpa ikan segar. ada tu ada, tapi susah nak pergi beli. bila balik je, mesti ayah cakap macam ni

" ayah dah beli ikan. adik nak masak ape?" ataupunn.. " adik nak makan ikan ape? nanti ayah beli" :'(


2. bila barang2 keperluan saya dah habis, ayah mesti tanya bila nak pergi beli. ayah bawak je mane saya nak pergi. kalau saya kata takpe, ayah lagi kata takpe. ayah bawak jugak saya pergi beli barang2 yang saya nak. kadang2, saya taknak benda tu, tapi ayah suruh jugak ambik. dalam sakit2 ayah, dalam susah nak jalan, ayah ikut je mana saya pergi. sekarang, bila pergi beli barang.. saya pergi sorang2 je. umi tunggu dalam kereta sebab umi memang taklarat nak jalan jauh2. bila tengok orang jalan dengan ayah masing2, saya rasa jeles & sedih sangat :'(


3. kalau dulu, saya nak pergi mane2.. ayah lah yang jadi banker saya. even saya kata ade duit, tapi ayah bagi jugak. paling2 ayah akan bagi rm50. sekarang ni, saya kena pandai berjimat sebab, ayah dah takde. duit kena guna untuk benda yang betul2 penting je. bukan umi tak mampu, tapi umi banyak lagi komitmen lain. dulu dah tak sama macam sekarang


4. dulu, bila saya masak.. tak kisah la saya masak ape pun, ayah mesti akan puji. ayah kata "pandai anak ayah masak". lepastu, ayah makan berselera sangat. kalau kat hospital, ayah makan sikit je. yelah, makanan hospital tak sedap. sekarang ni, bila masak.. saya rindukan pujian tu. bukan saya masak untuk pujian, tapi saya rasa bila kena puji macam tu.. entahlahh. rasa happy . bila tengok umi ayah makan berselera, bertambah2 happy saya. sekarang, masak untuk umi je. kadang2, saya tanya umi dah makan ke belum. jawapan umi buat saya rasa sebak sangat. umi jawab "alaa, umi makan ala kadar je. alas perut". umi pernah kata, kalau kat rumah & saya takde, umi malas nak masak sangat sebab, makan sorang2. takde teman. hmmm mesti umi sunyi.

kalau saya sunyi bila ayah takde, umi mesti lagi sunyi kan :'(


banyak lagi benda yang saya rindukan tentang ayah. saya paling rindu nak panggil "ayah". saya jugak rindu nak peluk & cium ayah. taktahu nak cakap macam mana, saya rindu ayah sangat2. tapi saya kena kuat. ni semua dah tertulis. ayah tinggalkan saya untuk saya belajar erti tanggungjawab & berdikari. saya tau saya kuat. kalau saya menangis setiap hari pun, ayah tetap takkan kembali.



semoga ayah ditempatkan di kalangan orang2 yang soleh. i miss you so much! :'( AL-FATIHAH





1 comment:

Anonymous said...

:'(

hany tomel,byk2 sedekah fatihah ye buat arwah.

-kak nana-