Lilypie Kids Birthday tickers
Bersabarlah dengan ketentuanNya. ada rahmat yang tersembunyi. Bertemu berpisah kerana Allah. lumrah kehidupan insan beriman. moga saat nan indah ku harap berulang lagi. =)

Followers

Friday, November 4, 2011

4/11/2011

Assalamualaikum :)


rasa macam dah lama jugak tak menjiwang di belog cap arnab ni kan. ehehe. yelah, sejak2 ada DIARY SEORANG HANNY, aktiviti berjiwang jiwangan terus beralih tempat. tapi tiba2 malam ni rasa macam nak berjiwang sikit. sikit jelah.. tak banyak mana pun.


jiwang kali ni berkaitan dengan encik ex boyfriend. so, awal2 sy nak mintak maaf lah pada encik ex bf dan gf barunya kalau entry ni agak2 macam tak berapa nak best. jangan risau, sy tak ganggu kamu berdua. sila lah berbahagia hendaknya ye. amin :)


hari ni, 4 november 2011. genap 2 tahun awak dengan Mr. s3k. Sy masih ingat lagi cerita 2 tahun lepas. masa tu 4 november 2009. 1st day awak dengan Mr. s3k . 1st day awak onboard lepas hampir setahun awak jadi penganggur terhormat kat rumah. hehe.


sy jugak masih ingat masa awak dapat panggilan untuk di interview kat ofis SA tu. awak happy sangat. masa awak dapat offer tu, company lama awak panggil suruh awak naik kapal. tapi, awak taknak sebab awak dah decide awak nak dengan company SA tu. sy pulak ikutkan je kemahuan awak sebab sy dah janji yg saya akan jadi penyokong no 1 awak :)


awak nak tau tak, masa awak pergi interview tu, sy tak putus doakan awak. sy tahu impian awak sebab awak selalu bercerita kat sy. awak kata, awak taknak naik kapal lama2. alasan awak yang paling sweet sebab awak taknak tinggalkan sy lama2 kat darat ni haa. hehe. serious, awk memang sweet :)


bila awak bagitahu sy awak diterima bekerja dgn company tu, hanya Allah je yg tahu betapa bersyukurnya sy. sebab sy dengar suara happy awak. ye, awak memang happy sangat masa tu. kebetulan, 1st day awak naik kapal (4/11/2009) tu bersamaan dengan hari jadi mak awak :)


awak tahu tak, masa sy wish mak birthday kat mak awak, dia kata.. dia bangga dapat anak macam awak. dia kata jugak, dia tumpang gembira sebab impian awak nak bekerja dengan company tu akhirnya tercapai. Alhamdulillah. sy pun happy sama :)


masa awak mula2 naik kapal, awak kerja 8minggu. masa tu pertama kali sy kena tinggal. melalak jugak la sy. hehe. tapi, sy bersyukur sebab awk boleh call sy selalu guna satellite phone. kalau awak xcall pun, kita masih boleh berhubung dgn email. kadang2 tu, awak penat2 pun awak sanggup call sy semata2 nak buatkan sy tak sedih. sy hargai apa yg awak buat masa tu. sy bahagia sgt. :)


awak ingat lagi tak yang awk pesan suruh sy email awk tiap2 hari in case awak xdapat call sy? awak nak tau semua aktiviti sy dari sy bangun tidur sampai la sy nak tidur semula. kadang2, 1 hari sampai 2 3 email sy bagi. sekali awak naik kapal = 5 minggu tu, berpuluh2 email yg sy bagi. comel lah. sweet sgt masa tu. sejujurnya, memang sekarang sy sangat rindukan awak. *Sorry, perasaan takboleh nak dijangka kan.


*lap air mata


tak lama lepas tu, awak naik pangkat. Alhamdulillah. rezeki awak murah :) masa ni awak naik 5minggu je. tapi sy nangis sekali je. masa awak mula2 naik yang 8minggu tu. lepastu sy tak nangis lagi dah sebab sy fikir yg nasib sy sgt baik kalau nak dibandingkan dengan org lain yg kena tinggal berbulan2 lamanya. lagipun.. awk pergi bekerja.. bukan pergi berperang.. kan?



macam2 yang kita rancangkan. tapi, Allah maha mengetahui segalanya. jodoh kita tak panjang. bertahun kita survive dalam hubungan ni. dari awak belajar, menganggur , kerja.. dan dari sy student skolah sampai lah sy dah masuk U. empat tahun sangat lama. macam2 yang kita lalui sama2. susah payah. pahit manis.. semuanya masih segar dalam kotak ingatan sy..


sy tak pernah menyesal dengan hubungan kita dulu. sy jugak tak pernah menyesal berkawan dengan awak. empat tahun.. awak ajar sy macam2 erti kehidupan. dulu, sy jenis yang suka cakap tanpa berfikir panjang... tapi awak selalu tegur sy.. awak kata, sy kena matang. jgn cakap ikut sedap mulut je. sy jugak makin tabah & sabar.. sy jugak kenal apa tu rindu, apa tu sayang & apa tu cinta. semuanya kerana awak..


awk masih ingat lagi cerita ''kain putih?'' :) kain putih tu kita takboleh pakai lagi macam yang kita pernah janji dulu. sy dah lipat & simpan kain putih tu elok2. sy takkan buang.walaupun 1 hari nanti kain putih tu akan mereput. biarlah dia mereput dengan sendirinya. sy takkan buang,. sy akan simpan sebab.. itu janji kita. janji yang kita pernah buat bersama :)


sekarang, awak dah bahagia dengan pilihan hati awak. Alhamdulillah. sy tumpang gembira dengan kegembiraan awak sekarang. doa sy tetap ada untuk awak :)


mr ex, semoga segala impian awak jadi kenyataan 1 hari nanti. amin :) selamat ulangtahun kedua bersama Mr. S3k :)


bubbye, thanks for reading. salam

1 suara comel:

Ainul Hayat said...

Hani,
Doakan saja kebaikan untuk dia. Semoga Hani bertemu bahagia selepas ni ye.