diam tak diam, kita dah ada kat penghujung tahun 2011. cepat betul masa berlalu .. kan kan. sy rasa macam baru sangat sy buat entry awal tahun 2011. tapi sekarang dah ada entry akhir tahun pulak. masa berjalan makin laju.. kita yang kena kejar masa sekarang ni kan. so kat sini, sy nak coretkan sikit kenangan yg terjadi sepanjang tahun 2011 ni.
secara keseluruhan, tahun 2011 agak suram untuk sy. bukan agak, tapi boleh dikata kan sangat suram.. penuh dengan kesedihan.. tapi, dengan kesedihan & kesuraman tu la sy belajar macam2 perkara..
tahun 2011 ni, sy kehilangan orang yang paling sy syg dalam hidup sy ; ayah.. ayah meninggal 20 hari sebelum hari jadi dia yang ke 57 tahun. ayah meninggal ari khamis petang, pukul 6.. 9b jun 2011. kehilangan ayah memang betul2 bagi kesan mendalam pd diri sy. rasa macam gelap sekejap dunia ni. hilang sebelah tempat bergantung. hilang tempat mengadu suka duka, hilang tempat bermanja.. semua tu hilang sejak ayah hembuskan nafas yang terakhir.. sejujurnya, sampai sekarang sy susah nak percaya yang sy dah takde ayah. masih rindu & terasa hangat pelukan ayah. masih terasa dalamnya kasih syg ayah.. rindu tu makin hari makin menggunung. tapi, yang dah pergi takkan kembali. apa yang tinggal sekarang cumalah kenangan selama 20 tahun hidup sebagai anak manja ayah...
semoga ayah tenang disana.. insyaAllah *Al-Fatihah*
2011 jugak menyaksikan sy kehilangan seorang lagi lelaki yg sy syg.. mr ex. tak perlu cerita lebih tentang dia. dah tertulis di sana, kami takde jodoh. dia pun dah bahagia dgn pilihannya. sedih memang sedih. sy hilang ayah, sy jugak hilang lelaki yg kononnya berjanji nak jaga sy selepas ketiadaan ayah. tapi, semuanya dah tertulis. dia bukan untuk sy.
bukan senang nak hadapi 2 kesedihan dalam 1 masa yang sangat singkat. tapi, ni lah kehidupan. kita takkan belajar apa2 kalau hidup kita sentiasa dipenuhi dgn gelak tawa tanpa keluarkan setitis pun airmata. apa yang penting, sesusah & sesakit mana pun kehidupan kita, kita kena terus melangkah.
pada sy, 2011 ni memang betul2 tahun yang penuh dengan ujian. sy lebih banyak bersedih. sy lebih banyak diuji. tapi, semua ni sy yakin akan membuatkan sy menghargai hidup masa akan datang. insyaAllah..
selamat tinggal 2011.. terima kasih untuk semuanya... :')







