Lilypie Kids Birthday tickers
sisters, do you think that a prince of deen will marry you while you just sit in front of your laptop, busy updating your status about marrying a righteous man or sharing almost all of Irma Hasmie's marriage photos and saying how lucky she is to become a wife of a great man? Will a prince of deen look for you just because of your splendid poem about marriage, your 'surat-buat-calon-suami' entries or your 'menanti-bakal-imamku-dunia-akhirat' status?

Tuesday, March 20, 2012

bicara tentang jodoh melalui perspektif Islam




Assalamualaikum. hari ni kita bercerita tentang jodoh pula ye.. :) Bila berbicara tentang jodoh ni masing2 ada pendapat tersendiri. betul tak? ada yang cakap, jodoh ni kalau kita tak cari, dia takkan datang. ada pula yang cakap, takpayah cari lah jodoh ni, biar dia datang dengan sendirinya.. mana satu yang betul ye?


Allah dah tentukan siapa jodoh kita, bila kita mati, dimana punca rezeki kita dll seawal kita berusia 4bulan dalam kandungan ibu. Allah dah tetapkan, tapi kenapa kita manusia masih sibuk2 nak 'kacau' rancangan yang Allah dah rancangkan? :)


sebab, Allah berfirman dalam surah Ar-Raa'du ayat sebelas yang membawa maksud " Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka sendiri mengubah keadaan......" ayat ni jelas menunjukkan bahawa, Allah mahukan kita sebagai hambaNya berusaha kalau kita mahu atau menghajati sesuatu.. memang benar Allah dah tetapkan segalanya tentang kita. tapi, takkan kita nak duduk goyang kaki je kann..





Sememangnya, jodoh ni urusan dan rahsia Allah.tak semestinya orang yang tengah hangat bercinta akan berakhir dengan perkahwinan dan tak mustahil orang yang sekarang ni tak pernah kenal antara satu sama lain, akan mengakhiri hubungan mereka ke jalan yang diredhai Allah suatu hari nanti.. :) Islam agama yang indah dan Islam tak pernah merumitkan sesuatu perkara. dalam Islam, kita diberi panduan tentang mengenali jodoh kita.. selain hadith nabi SAW, yang bermaksud " Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat”, terdapat lagi 1 tips yang diberi oleh Islam sebagai panduan untuk kita :)



tanda jodoh dalam Islam ada tiga :

Memahami

Setiap pasangan mestilah memahami antara satu sama lain. Ini penting kerana setiap daripada kita mempunyai latar belakang kehidupan yang berlainan. Maka setiap sifat kita mampu mempengaruhi atau dipengaruhi sifat pasangan kita

Memaafkan

Sifat memaafkan ini amat penting sekiranya tiada sifat ini, nescaya hubungan kekeluargaan tidak kekal lama. Lelaki memang lebih egonya, namun jika ingin selamat, buang segala ego demi mempertahankan rumahtangga

Memotivasikan

Pasangan mestilah memotivasikan antara satu sama lain. Faktor seperti stres, tekanan kerja, masalah kewangan mungkin menyebabkan keretakan rumahtangga, namun sikap memotivasikan ini mampu menaikkan dan memulihkan kembali semangat pasangan anda.



Jadi sekiranya kalau anda semua sedang mencari jodoh, cari lah pasangan yang mempunyai ciri2 diatas. tips yang berguna untuk kedua2 lelaki dan wanita. jodoh bukan berdasarkan harta, nafsu, paras rupa dan sebagainya, tetapi berdasarkan Islam ; taat pada perintah Allah&Rasul, tinggi akidah dan juga akhlaknya.


semoga bermanfaat untuk semua. dah jumpa jodoh jangan lupa jemput saya. hihi :p thanks for reading. Salam :)


p/s : dalam apa keadaan sekalipun, letakkanlan Islam ditangga yang pertama.
InsyaAllah hidup kamu diberkati.


4 comments:

zyra said...

tip yg b'gne utk remaja..thanks ;)

zyra said...

tip yg b'gne utk remaja..thanks ;)

cik hanny^^ said...

insyaAllah.. terima kasih sudi melawat blog sy :)

Aliff Hafiz said...

ye..sy jmput nti.. :)