Lilypie Kids Birthday tickers
sisters, do you think that a prince of deen will marry you while you just sit in front of your laptop, busy updating your status about marrying a righteous man or sharing almost all of Irma Hasmie's marriage photos and saying how lucky she is to become a wife of a great man? Will a prince of deen look for you just because of your splendid poem about marriage, your 'surat-buat-calon-suami' entries or your 'menanti-bakal-imamku-dunia-akhirat' status?

Friday, March 30, 2012

ISTIDRAJ : nikmat yang tak diredhai Allah



Assalamualaikum. penah tak dengar ungkapan2 sebegini? ataupun pernah tak anda tertanya2 pada diri sendiri?

“kenapa A tu boleh Berjaya dalam exam sedangkan dia tak solat pun. “


“Allah kata dia akan tolong aku kalau aku berusaha & solat.. buat baik pada semua org. tapi kenapa keputusan exam aku biasa2 je?”



“macam mana dia boleh hidup bahagia?dia tak solat. Sedangkan aku yg tak pernah tinggal solat ni selalu saja berduka. Selalu saja ditimpa kesedihan. Kenapa?”



“dia dapat semua benda yg dia nak.tapi hidup dia social.. seolah2 lupa pada Allah, lupa pada agama.tapi kenapa aku takdapat apa yg aku nak sedangkan aku sentiasa cuba menjaga agama & maruahku?”


“cikgu kata orang yang meniru dalam exam takkan Berjaya. Tapi si B tu Berjaya. Sedangkan aku yang usaha siang malam, Cuma setakat ni je yang aku dapat”


Saya selalu tertanya, kenapa orang yang tak solat boleh Berjaya? Serius.. maksud saya di sini, bukan semua orang yang Berjaya tu tak solat, tapi hidup sebagai student kat sini memberikan saya peluang untuk melihat pelbagai jenis ragam manusia di atas muka bumi ALLAH ni. Kadang2 saya pelik, macam mana diorang boleh dapat result gempak2. Macam mana diorang boleh dapat kerja yang hebat2. Sedangkan diorang lupa pada tuntutan sebagai hambaNya..


Jujur dari hati, tipu kalau saya cakap saya tak pernah cemburu kepada golongan ni. Tapi bila saya fikir semula, ini sebenarnya adalah ujian dari Allah untuk kita sebagai hambaNya. Semakin kita Berjaya, semakin kita lupa pada asal usul dan pencipta kita. Ini adalah fakta. Lumrah dan fitrah manusia , Allah jadikan sebegini. Hanya ingat dan bersujud padaNya apabila berduka dan menghadapi musibah. Ya, tidak semua tapi kebanyakannya begitu. Kerana apa? Kerana kita manusia, manusia yang sentiasa lalai dan alpa.


Pernah tak dengar ISTIDRAJ? Istidraj adalah perkara luar biasa yang dikurniakan Allah S.W.T kepada seseorang tetapi dengan tujuan Allah S.W.T ingin membinasakannya.

Istidraj adalah keluarbiasaan yang menambah keburukan, kehinaan dan kebinasaan atas mereka yang mendapat keluarbiasaan itu, hingga sampai masa Allah membinasakan mereka, ia berlaku dalam keadaan mereka lupa. Bukan sahaja merekalupa dan tidak sedar, malah tatkala Allah S.W.T menghukum mereka, tiada manusia yang membantahnya lantaran lengkapnya segala syarat untuk Allah S.W.T membinasakan mereka.


Istidraj terbahagi kepada empat jenis :


Istidraj belaku kepada seseorang yang menuntut ilmu hitam (sihir/ kedukunan/ ilmu batin/ ilmu sesat dan sebagainya).

Istidraj berlaku kepada pemimpin.

Istidraj berlaku kepada harta dan kekayaan.

Istidraj berlaku daripada kemajuan sains dan teknologi ciptaan manusia.



Istidraj datang beransur-ansur. Rupanya luar biasa. Tujuannya adalah binasa. Kebinasaan buat manusia yang menerimanya. Lantaran kejahatan dan kezaliman mendustakan ayat-ayat-Nya. Sekumpulan manusia tidak pernah serik dengan kezaliman, penipuan dan kejelikan yang bertimpa-timpa. Kejahatan demi kejahatan, penyelewengan demi penyelewengan, salah laku yang sudah dianggap biasa, namun semakin buruk prestasi kumpulan itu, sokongan yang diterima semakin padu.


Namun bagi kumpulan zalim yang mendapat nikmat daripada kedunguan sokongan yang dinikmatinya itu, segala 'kemanisan' itu mungkin sekadar istidraj daripada Allah S.W.T untuk menyempurnakan kezaliman mereka. Agar bila sampai masa Allah S.W.T menghukum dan mengazab mereka, tiada manusia yang akan membantah, kerana telah sempurna syarat-syaratnya.


Subhanallah… sesungguhnya apa yang baik itu dating dari Allah dan apa yang buruk itu berpunca dari diri kita sendiri..


Marilah sama2 kita muhasabah diri , adakah istidraj ini juga berlaku kepada kita tanpa kita sedari. Tanda istidraj adalah apabila kita memiliki harta kita tidak mahu membayar zakat, tidak suka bersedekah dan banyak dihabiskan harta dalam perkara yang sia-sia, dan banyak masa berhibur. Kita ada masa tetapi tidak suka berjihad, berdakwah dan jalankan kerja-kerja amar makruf nahi mugkar dan tidak suka menuntut ilmu. Oleh itu pastikan segala amalan dan aktiviti harian kita menjurus kepada keredaan Allah S.W.T dan mendapat kasih sayang-Nya.


Nabi SAW bersabda yang membawa maksud

"Jika kamu melihat Allah memberi kepada seorang hamba habuan dunia atas maksiat yang dilakukannya dari apa yang disukainya, maka sesungguhnya itulah istidraj".


No comments: