Lilypie Kids Birthday tickers
sisters, do you think that a prince of deen will marry you while you just sit in front of your laptop, busy updating your status about marrying a righteous man or sharing almost all of Irma Hasmie's marriage photos and saying how lucky she is to become a wife of a great man? Will a prince of deen look for you just because of your splendid poem about marriage, your 'surat-buat-calon-suami' entries or your 'menanti-bakal-imamku-dunia-akhirat' status?

Thursday, March 8, 2012

Rahsia wanita.. andainya lelaki tahu...






[gambar hiasan]


Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segala di hatinya. Adaha lelaki memiliki sifat yang sama??


Andai lelaki tahu..

Jika seorang perempuan itu mengatakan bahawa dia sedang bersedih, tetapi tidak mengalirkan air mata. Maknanya dia sedang menangis di dalam hatinya. Sememangnya jiwa mereka sensitive dan halus.



Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu. Bukan menyesali takdir tetapi cuba mententeramkan diri.


Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.. Inilah sebenarnya dugaan dalai percintaan.


Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.. Dia mahu anda mengenali mereka secara mendalam.


Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.. Mampukah lelaki terima??


Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang. Tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Setiap masa memikirkan apa yang sedang anda lakukan.


Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai. Cukup dengan permohonan maaf yang ikhlas.


Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya. Dia mahu lontarkan kata-kata melalui alunan jiwa.


Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata. Lelaki pula bagaimana??


Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.


Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.


Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.


Andainya lelaki tahu..

Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.



Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi renunglah kata-kata bahawa tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Ingatlah sukar bagi lelaki meneruskan hidup tanpa wanita, namun wanita mampu hidup tanpa lelaki.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Yakinlah dengan kata-kata bahawa setiap kejayaan lelaki pasti ada wanita disebaliknya.

Terimalah dia seadanya..kerana tak mungkin ada manusia yang sempurna..



crdt to ; adam narzuan

1 comment:

zyra said...

wau..cm btol je.. ;)