Lilypie Kids Birthday tickers
sisters, do you think that a prince of deen will marry you while you just sit in front of your laptop, busy updating your status about marrying a righteous man or sharing almost all of Irma Hasmie's marriage photos and saying how lucky she is to become a wife of a great man? Will a prince of deen look for you just because of your splendid poem about marriage, your 'surat-buat-calon-suami' entries or your 'menanti-bakal-imamku-dunia-akhirat' status?

Wednesday, May 30, 2012

Surirumah


Pkerjaan yg plng byk mdpt phala bg ppuan adlh mnjd suri rumah. Phalanya mlebihi sgala pkerjaan lain diatas dunia. 



Assalamualaikum :) haa, bila dah datang mood rajin nak update belog, jadi macam ni lah.semalam update, hari ni update.. hehe.. minggu depan, dah start naik class. bermakna, cuti dah habis lah kan.. kejapnya cuti..rasa macam tak puas T__T


okay lah, berbalik pada tajuk..kenapa tiba2 nak cerita pasal surirumah pulak ni? jangan silap faham, saya belum menjadi suri kepada mana2 rumah lagi.. ekekeke.. taklah, sebenarnya.. saya tabik spring toink toink kat suri2 rumah .. tahu tak, pekerjaan surirumah ni sangat lah mulia. (baca SINI )


Saya ni bukan la mahir sangat bab2 menguruskan rumah tangga ni .rumah je ada, tangga belum ada. so tak boleh la nak gelarkan diri ni suri rumah.. ngeeee :D tapi, saya bersyukur sebab di usia 21 tahun ni, Alhamdulillah..boleh dikatakan semua kerja2 rumah saya buat sendiri.. bukannya nak bangga diri, tapi.. bila dalam keadaan macam ni, saya terfikir sorang2.. jadi suri rumah ni bukannya senang.. susah & menuntut kesabaran yang sangat tinggi . tak percaya? meh saya kongsi sikit cerita saya


setiap hari, saya kena pastikan rumah bersih. dari ruang tamu hingga lah ke dapur. selang sehari mesti mop.. tiap2 hari mesti sapu.. bila dah siap semua tu, cuci pinggan mangkuk kalau ada kat singki.. lepastu kena basuh baju..dah basuh mesti lah sidai pulak kan.. dan lepas dah kering, mesti lah lipat pulak.tapi lipat tu kerja waktu petang lah..




tapi, yang paling mencabar ialah memasak. bukan mencabar sebab tak pandai masak, tapi mencabar sebab pening fikir juadah apa yang patut saya masak untuk umi dan abang2 saya..


kalau umi, dia tak kisah..apa yang saya masak, umi ok je. cuma, umi tak makan ayam biasa & sesetengah jenis ikan.. fishball & kaum kerabatnya pun umi tak makan. so, kalau masak kan untuk umi, saya kena la pastikan apa yang patut dan apa yang tak patut..


abang sulung saya pulak, dia jenis yang sebat semua.. muahahaha.. taklah, abang sulung saya ni tekak malaysia.. jadi, kalau nak masakkan untuk dia, kena masakkan lauk2 orang malaysia lah.. lauk tradisional.. dia makan jugak la makanan2 barat ni, tapi dia kurang suka.. jadi, kalau abang sulung saya balik, saya kena la ikut selera dia nak makan apa.. tapi kebiasaannnya, dia makan nasi lah.. 




abang kedua saya pulak, dia kurang suka makan nasi.. dia lebih suka makanan yang simple2 macam roti, mee.. tapi, dia paling suka makan sphagetti, nasi lemak & laksa johor. lain daripada tu, dia suka tulah apa2 yang dibakar.. senang kata, dia ni selera mat salleh sikit.. -.-





jadi, bila abang2 saya yang berdua ni balik , saya akan mengalami masalah sikit nak masak apa untuk diorang. memang diorang makan apa yang saya masak, tapi mesti lah saya nak sediakan yang terbaik untuk diorang kan.. bila saya masak nasi, abang sulung memang selera, tapi abang no 2? kalau saya masak western, abang no 2 memang berselera, tapi abang sulung? hahahaha

umi okay je, apa saya masak, umi makan.. :')


lepas dah masak tengah hari, fikir apa pulak nak masak untuk minum petang dan bila da petang, fikir pulak apa nak masak untuk makan malam.. 




serius, memang payah jadi suri rumah.. sebab tu saya tabik pada mereka. lagi pulak kalau dah ada anak ramai. mana nak layan anak, nak layan suami. kalau anak empat orang + laki sorang dan semua tu ada citarasa makanan masing2, tak ke pening kepala? saya yang ada abang dua orang ni pun dah pening..

time ni lah rasa bersyukur sebab ada dua orang je abang. kalau ada 3-4 orang abang, tah macam mana tah.. hehe.. 


tapi, ni semua pengalaman. nanti kalau dah kahwin senang.. lagipun, dah memang tugas kita orang perempuan ni uruskan hal2 rumah. tak kira lah dah kahwin atau belum.. jangan malas2.. kesian mak kite. diorang dah tua.. apa lah salahnya meringankan bebanan dia. bila makanan dah siap, baru panggil pergi dapur. jangan pulak dia yang panggil kita pergi dapur bila makanan dah siap. ingat tu!


okay, panjang dah ni. nanti sambung cerita lain pulak ye. babaiiiii! ^.^v



4 comments:

Ainul Hayat said...

HAHAHA...betul tu. Belum kira lagi nak menebas rumput kat laman rumah,nak gembur2 tanah pokok bunga, nak bagi haiwan peliharaan makan...ngaaaaa~

sarah said...

Nak jadi suri rumah gak laaa ceni, hehehe ;)

cik hanny^^ said...

kak erni :

hehe.. tapi, hani awal2 surrender xnak buat kerja luar rumah. tak sanggup kak. hani terbayang mcm2 kalau menebas , mencangkul bagai tu.. hehe.. tp xtaula kot nt dapat suami petani, hani kena tlg sama pulak.. hikhik :p

cik hanny^^ said...

sarah :

hehe.. thx follow blog sy :) hee silakan2 jadi suri rumah. suri rumah tak ramai skrg ni :p