Lilypie Kids Birthday tickers
sisters, do you think that a prince of deen will marry you while you just sit in front of your laptop, busy updating your status about marrying a righteous man or sharing almost all of Irma Hasmie's marriage photos and saying how lucky she is to become a wife of a great man? Will a prince of deen look for you just because of your splendid poem about marriage, your 'surat-buat-calon-suami' entries or your 'menanti-bakal-imamku-dunia-akhirat' status?

Wednesday, June 6, 2012

Apa lelaki & wanita perlu tahu


Lelaki PERLU tahu yang perempuan..


1. Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.

2. Bukan bermaksud cerewet tak tentu hala, tapi kadang kala wanita ingin lelaki mengikut kata-katanya sekali sekala

3. Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus , lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas kesalahan,biasanya wanita akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan dendam

4. Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui

5. Wanita sanggup berkoraban apa sahaja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami.

6. Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling kerana wanita amat prihatin

7. Walaupun dia adalah wanita yang pandai berdikari, naluri wanita adalah masih naluri seorang wanita. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama lelaki, namun juga sesama kaum dengannya.

8. Wanita yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi egonya apabila mereka bersemuka.

9. Cinta pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus

10. Seks bukanlah segala-galanya buat wanita. wanita diciptakan dengan 9 nafsu dan 1 akal, Nafsu yang banyak tidak tertumpu kepada satu sahaja berbanding lelaki diciptakan dengan 1 nafsu dan 9 akal. Fungsi lelaki adalah membimbing wanita, bukan menghanyutkannya.







Wanita PERLU tahu yang Lelaki..


1. Lelaki juga boleh menjadi seorang yang sensitif dan prihatin

2. Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi.Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya sama ada dari segi pemikiran atau minat kerana banyak yang boleh dibualkan dan dikongsi bersama.

3. Kebanyakan lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan wanita.

4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik

5. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelelakiannya untuk menambat hati wanita

6. Lelaki memang dilahirkan dengan mempunyai perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat dan menjeling wanita.

7 . Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama.

8.  Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat wanita

9. Bila lelaki cakap "erm tengoklah dulu" seringkali membawa maksud yang dia kurang setuju

10. Bila lelaki cakap staright to the point, dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin besikap jujur dan berterus terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.

11. Adalah biasa apabila lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.

12. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya mengenai perempuan dari library atau buku semata-mata. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan 

13. Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.

14. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo, dan flirting dengan ramai wanita, dia tetap hanya akan ada seorang teman wanita yang istimewa.

15. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga berasa sedih,cuma dia tidak menunjukkannya di hadapa ramai orang.

16. Bila seorang perempuan meminati lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tahu lelaki itu pun menaruh minat. senang kerja nanti :p

17. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak beupaya menolong wanita.

18. Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata wanita. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yang dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.








sebagai penutup, nah tengok lelaki kesayangan saya... ekekekekeke :p












No comments: