Lilypie Kids Birthday tickers
sisters, do you think that a prince of deen will marry you while you just sit in front of your laptop, busy updating your status about marrying a righteous man or sharing almost all of Irma Hasmie's marriage photos and saying how lucky she is to become a wife of a great man? Will a prince of deen look for you just because of your splendid poem about marriage, your 'surat-buat-calon-suami' entries or your 'menanti-bakal-imamku-dunia-akhirat' status?

Sunday, June 10, 2012

Ikan Patin Masak Tempoyak


Assalamualaikum.. sebabkan takde idea nak tulis entry apa, kita cerita pasal masak2 nak tak ? :D haritu kita masak kuih akok kan.. kali ni masak ikan patin masak tempoyak pulak.. masih lagi berada di Pantai Timur Semenanjung Malaysia lagi.. nanti kita bergerak ke utara barat dan jugak selatan ye.. insyaAllah :)


Ikan Patin Masak Tempoyak




Bahan-bahanya seperti di atas

ikan patin (ikut la nak berapa ekor.ni resepi utk sekor je ikan)
tempoyak ( kalau tak cukup tempoyak, tambah sikit durian fresh.rasa dia akan jadi lagi umphh)
cili api, kunyit hidup,bawang merah (kalau taksuka pedas, kurangkan cili)
bunga kantan belah empat/dua
daun kesum


Cara-cara :

ikan basuh dengan air basuhan beras untuk hilangkan rasa lumpur dia. Maklumlah, ikan patin kan ikan darat. kalau salah cara, memang akan rasa lumpur kat kuah & ikan tu nanti

perap ikan dengan asam jawa & limau nipis untuk hilangkan hanyir.. (lebih kurang 1 jam)

kelihatan ikan sedang bermesra-mesraan bersama asam jawa :p


blend cili, kunyit hidup & bawang merah..
jangan guna kunyit serbuk ye.. bukan tak boleh, tapi rasa dia kurang menarik. guna kunyit hidup :)


lepas barang2 tu dah lumat, gaul kan dengan tempoyak


lepas dah gaul, masuk dalam periuk .lepastu masukkan air. jangan hidupkan api dulu..
kacau bagi dia sebati, then baru hidupkan api..

p/s : sorry kaler dia kelam sebab lighting tak bagus. hua3 :p


bila dah gaul molek2 tu, boleh masukkan daun kesum dan bunga kantan


masukkan ikan . time ni boleh bubuh garam, asam keping/asam jawa sesedap rasa yang di ingini :)


biar ikan masak.. kacau sikit2.. ni dah nak siap dah ni.. kalau kurang apa2, tambah ikut selera masing2 ye :)



okay, dah siappppp! boleh makan dengan nasi :D



SELAMAT MENCUBA! ^.^






No comments: