Lilypie Kids Birthday tickers
sisters, do you think that a prince of deen will marry you while you just sit in front of your laptop, busy updating your status about marrying a righteous man or sharing almost all of Irma Hasmie's marriage photos and saying how lucky she is to become a wife of a great man? Will a prince of deen look for you just because of your splendid poem about marriage, your 'surat-buat-calon-suami' entries or your 'menanti-bakal-imamku-dunia-akhirat' status?

Monday, July 23, 2012

Doa melupakan sesuatu yang pahit untuk diingati


Assalamualaikum. Alhamdulillah, selesai 3 hari kita berpuasa. sepanjang tiga hari ni, ujian yang paling besar buat saya ialah terlalu mengingati kenangan lepas. tak tahu kenapa, setiap masa saya teringatkan si dia. Allah.. pada saya, dugaan ni adalah dugaan terbesar buat saya..

di sini, saya nak kongsikan sikit doa melupakan sesuatu perkara yang pahit untuk kita ingati. ni salah satu usaha. kalau kita usaha dan niat tu baik, insyaAllah Allah akan tolong..



1.  BACA SELAWAT KEATAS JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD SAW



2.  KEMUDIAN TADAHLAH TANGAN DAN BERDOA DENGAN MEMBACA DOA NI DAN TERJEMAHANNYA SEKALI SEBANYAK 3 KALI






 Allah tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya. Dia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan dia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa) :" Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau salah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami apa yang tidak sanggup kami menanggungnya. Maakanlah kami, ampunilah kami dan rahmatilah  kami. Engkau Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."



3. KEMUDIAN NIATKAN SEGALA KEBURUKKAN ATAU PERKARA YANG PAHIT UNTUK DIINGATI ITU SEMUA,DAN  SERAHKAN PADA ALLAH UNTUK MENGHUKUMNYA. SELESAI BERDOA SAPULAH KEDUA TANGAN ITU KEMUKA DAN TERUS KE DADA

4.  BIARKAN TANGAN ITU DALAM BEBERAPA SAAT

5.  DAN NIATKAN INI DALAM HATI

 "YA ALLLAH TENANGKAN LAH HATI NI..."


Saya sendiri masih dalam proses cuba jalan dan usaha ni. moga2 Allah terima usaha dan berkati usaha saya sebab saya tak mampu dah nak tanggung perasaan bila teringatkan kenangan lama saya dengan si dia. memang kenangan tu semuanya manis. tap jadi pahit bila perasaan dan keadaan tu dah tak sama macam dulu..




Bulan Ramadhan, pada awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan pengakhirannya pembebasan daripada api neraka. kita kini di fasa pertama, iaitu Rahmat. :) Salam Ramadhan Al-Mubarak! ;)


©hanny jaffar©

4 comments:

Anonymous said...

Semoga hani akan tabah dan kuat!
Sedangkan yang bertunang, berkahwin pun boleh bputus kasih hani....sesungguhnya hani lebih b'untung,Allah dah lindungi hani drpd disakiti kelak.. sbb hani dpt tahu awal yg itu bukan la jodoh hani drpd hani dah ada hubungan (tunang or kawin) tapi kehidupan tu lagi memeritkan.

Takecare:)

cik hanny^^ said...

Dear anonymous..

terima kasih.. :)
insyaAllah hani akan terus tabah dan kuat. Alhamdulillah, dah semakin ok sekarang =)

terima kasih banyak2.. awak take care jugak cik/encik anon ^.^

Anonymous said...

Hanny kisah saya lg sedih.. Suami yg curang selama 2 tahun dah kembali kepada sy... Sy terima tp sy x mampu nk layan mcm dulu.. Sy nk guna doa ni utk sy lupakn kenangan pahit tu.... Semoga Allah makbulkan doa kita

cik hanny^^ said...

Dear anonymous :

hmmm :( sorry to hear that :( takpe, kita cuba, kita usaha. semoga Allah terima doa kita. DIA tak pandang pada hasil, tapi DIA pandang pada usaha kita. jaga diri baik2, :) *hugs*