Lilypie Kids Birthday tickers
sisters, do you think that a prince of deen will marry you while you just sit in front of your laptop, busy updating your status about marrying a righteous man or sharing almost all of Irma Hasmie's marriage photos and saying how lucky she is to become a wife of a great man? Will a prince of deen look for you just because of your splendid poem about marriage, your 'surat-buat-calon-suami' entries or your 'menanti-bakal-imamku-dunia-akhirat' status?

Thursday, July 26, 2012

Kapal MT Bunga Alpinia Terbakar di Kompleks Petronas Methanol Labuan














Kejadian dipercayai diakibatkan sambaran kilat sewaktu proses pemunggahan kargo methanol. Kebakaran yang bermula daripada kawasan dek (depan atau tengah, forward or amidships), diikuti beberapa siri letupan telahpun merebak sehingga ke accomodation.

Kebakaran bermula sekitar jam 2 pagi, dipercayai ketika kargo sudah hampir penuh. Merujuk kepada gambar terbaru pagi ini, api masih belum dapat dipadamkan sepenuhnya, tetapi kapal dilihat telah rosak teruk dan menyenget ke tepi sebelah kiri (listed to portside).

Tiada berita tentang keadaan ruang enjin.

Letupan boleh didengari hampir ke seluruh Pulau Labuan.

Sehingga jam 9 pagi, tiada lagi liputan media oleh sebarang agensi berita tempatan.

Akibat letupan, terdapat bahagian dek yang telah terbuka (peel off).

Beberapa buah bot tunda turut terlibat dalam usaha memadam kebakaran dan evakuasi krew kapal.

Gambar terbaru jam 0920 pagi mendapati Bunga Alpinia telah ditarik keluar menjauhi dermaga.

Kapal ini mempunyai krew warganegara Malaysia, Filipina dan India
.
Krew dipercayai telah meninggalkan kapal setelah mendapat arahan nakhoda. Walaubagaimanapun, lima (5) orang krew dipercayai hilang akibat impak letupan. Nasib mereka masih belum diketahui.

Timeline & Kemaskini Selepas Jam 1100

0730: Berlaku letupan yang menerbangkan sekeping plate besi berukuran15-20 meter
1115: Masih terdapat bunyi letupan yang kedengaran
1117: Sumber memaklumkan kapal tersebut telah tenggelam di hadapan pelabuhan
1142: Satu jenazah telah dibawa ke Hospital Labuan
1200: Sumber memaklumkan jenazah yang dibawa ke Hospital Labuan adalah greaserwarganegara Malaysia, berasal daripada Melaka.
1300: 4 disahkan masih hilang dan usaha mencari dan menyelamat menghadapi kesukaran kerana kapal masih terbakar. Fire Fighting Vessel terus berusaha menyejukkan bahagaian buritan / sterndan ship side berhampiran accomodation bagi mengelakkan 1000 tan fuel oil yang masih masih berada dalam tangki kapal.
1356: Api hampir dapat dikawal sepenuhnya
1441: Berdasarkan laporan bernama, krew yang disahkan terkorban adalah Greaser Syahril Azmi Baharudin
1553: Api dilaporkan sudah dapat dipadamkan sepenuhnya. Kapal-kapal yang memberikan bantuan sudah mula meninggalkan tempat kejadian.


Butiran Kapal

Nama: Bunga Alpinia
Jenis: Kapal Tangki Kimia / Chemical Tanker
Nombor Rasmi: 334177 (Malaysia)
Nombor IMO: 9389538
Call Sign: 9 MLE 4
Pelabuhan Daftar: Port Kelang
Tahun Bina: 2009
Tahun Daftar: 2010
DWT: 37961
GRT: 25709
NRT: 9363
Panjang: 172.87 meter
Lebar: 32 meter
Draf: 16 meter
Pemilik: MISC Berhad






-----------------------------


buat keluarga mangsa, takziah diucapkan. semoga tabah menghadapi dugaan berat di bulan suci ni. sama2 kita doakan semoga semua crew kapal selamat & Al- Fatihah utk mangsa yang telah meninggal dunia...


p/s : saya tahu saya bukan siapa2 untuk awak. tapi setiap kali terdengar berita buruk tentang sesuatu yang melibatkan laut & kapal, hati saya jadi tak tenang. semoga awak sentiasa di bawah lindunganNya. amiin



©hanny jaffar©


1 comment:

cik chinta said...

sme org riso kn? me too.