Lilypie Kids Birthday tickers
sisters, do you think that a prince of deen will marry you while you just sit in front of your laptop, busy updating your status about marrying a righteous man or sharing almost all of Irma Hasmie's marriage photos and saying how lucky she is to become a wife of a great man? Will a prince of deen look for you just because of your splendid poem about marriage, your 'surat-buat-calon-suami' entries or your 'menanti-bakal-imamku-dunia-akhirat' status?

Friday, August 17, 2012

kenangan membesar di zaman 90an : PART 1


Assalamualaikum. masa senggang diisi dengan blog walking & juga ingat kenangan2 zaman dulu2. rasa macam best je. bila dah berangan tu, tiba2 teringat pulak kenangan masa nak membesar dulu. kenangan yang mana saya rasa, keadaan seperti tu dah takde lagi dalam zaman millenium ni baik dari segi permainan, makanan dan lain2. entry ni khas ditujukan untuk KITA , KAMI dan KAMU yang membesar sezaman dengan saya ; zaman 90an


banyak rasanya kenangan dengan zaman kita membesar ni, so saya rasa kalau buat dalam satu entry terus, rasa macam terlampau serabut. saya buat part by part lah ye :) untuk part 1 ni, kita imbas kenangan kita dulu2 pasal permainan :)


kereta tamiya
ni  dah sah2 mainan budak lelaki kan. kereta ni masa beli2 je dia terburai, so kena pandai2 lah pasang sendiri. saya tak pernah main dan tak pernah ada, tapi sangat kerap tengok abang2 saya main. bersusun kot kereta tamiya ni kat rumah dulu :D



pistol tembak2. 
saya tak pernah main benda ni sebab saya tak suka bunyi & bau dia. ni mainan budak2 lelaki. abang saya ada benda ni. kalau diorang nak sakat saya, takpayah susah2, diorang ambik je benda ni, saya dah start mencicit lari nyorok belakang atok :p sekarang ni saya takde jumpa benda ni lagi, tapi taktau la kalau masih ada tapi saya je yang tak nampak 

tanah liat
haaaaa, nii permainan yang palingggggg saya suka sampai sekarang. dulu masa mula2 dapat mainan ni kat tadika excited dia macam budak2 sekarang dapat I-Pad/ Tablet :p kalau main tanah liat ni, macam2 benda boleh dibuat atau dibentuk. maklumlah, budak2 kan penuh dengan imaginasi. tapi yang lecehnya dengan tanah liat ni, bau dia hapak busuk melantong sangat2. tapi, dah nama pun budak time tu kan, busuk pun busuk lah, janji dapat main. sekarang ni, kalau tengok benda ni kat kedai, rasa macam nak beli je, tapi bila fikir balik, maca membazir pun ada jugak. yelah, dah besar kan :D

Jutaria
eheheh, mainan ni macam monopoly & Saidina. main jual beli tanah, rumah.. comel je benda ni. menarik sangat, even sampai sekarang pun saya masih gilakan mainan ni, cuma dah tak main la jutaria ni. sekarang main monopoly/saidina je :p jutaria ni dlm bahasa melayu kalau tak silap.. duit2 dia semua guna kertas yang nipis. kalau dulu main dengan kawan2/ sepupu, terpaksa ambil batu kecik2 untuk bagi kertas2 tu jangan terbang :D

pop pop
ni mainan sepanjang zaman agaknya. sampai sekarang pun masih ada pop pop ni. tapi haritu tengok kat kedai, pop pop zaman sekarang ni dah guna packaging baru. dah tak guna kotak kuning ni. tapi taktau lah letak dalam habuk kayu lagi ke tak :p saya main jugak benda ni, tapi paling taksuka kalau ada orang baling pop pop ni kat saya.. bukan takut, tapi saya ni senang terkejut walaupun bunyi pop pop ni slow je :p 

bola kertas
ni sudah terang lagi bersuluh, saya tak pernah main benda bola kertas ni. ni kan mainan orang laki. tapi saya pernah tengok abang2 saya main bola kertas ni. biasanya diorang guna kertas keras sikit, baru senang 'player' diorang nak berdiri.. lepastu nanti kertas tu lipat dua jadi macam segitiga, pastu boleh la kertas tu berdiri. nanti diorang akan tulis nama player kat belakang kertas tu.. tu jela yang saya ingat. selebihnya taktau sebab tak pernah main langsung

ceper
ni penutup botol zaman dulu. dulu kan air pepsi, coke , F&N  kan pakai botol kaca. ni penutulp botol kaca tu. main ceper ni memang boleh jadi addicted. dulu masa lepas UPSR, masing2 dalam class bawak ceper pergi sekolah. masing2 nak tunjuk skill yang suam2 kuku tu :p

gam belon
eh, yeke nama dia gam belon??? saya taktau, tapi saya panggil gam belon sebab permukaan belon ni sebelum dituiup, macam likat2. macam belon. tapi, umi tak bagi saya main belon ni sangat. umi kata tak elok. bila depan umi, memang tak main pun, tapi kalau belakang umi, berplastik2 saya beli. tulah, budak tak dengar kata -.-

ni game apa tah, taktau.. tapi besttttt. kita kena picit button merah dua2 tu untuk masukkan gelang2 kecik tu dalam batang merah yg dua tu ha..biasanya, mula2 senang je nak masuk. tapi bila tinggal yang last sekali, selalu kantoi :p

Lego
sesiapa yang membesar zaman 90an, mesti tau apa ni lego kannnn.. kalau taktau, sila google :p 

Main lidi
permainan ni, biiasanya dulu saya guna lidi sate. seronok main benda ni, lagi pulak kalau main ramai2. kecoh kot semua :p

main getah
mainan ni sangat femes, especially untuk kamu perempuan. kitorang ikat getah ni, pastu boleh main lompat2 & macam2 lah.. dulu, saya dengan akak sepupu saya sanggup beli getah ni yang dalam paket banyak2 tu semata2 untuk cantum & main permainan ni :p

lubang tikus
permainan ni saya selalu main dengan sepupu2 saya. kalau semua balik, baik sepupu laki ke , sepupu perempuan ke... semuanya main benda lompat tikus ni. best sangatt! rindu pulak rasa. lompat tikus ni banyak aksi lompat2 ni. dulu kalau lompat, masing2 nampak comel je. cuba bayangkan sekarang ni dah besar2, kalau main lompat2 macam ni, mau tak bergegar rumah tu :p 
eh, lompat tikus ke lubang tikus ha? -.-"

main titik-titik
mainan ni yang selalu jadi mangsa haruslah buku kotak2 :p buku kotak2 kan buku maths. kadang2 tu, main guna je buku maths yang masih digunakan untuk tahun tu. lepastu bila nak buat homework, selak2 buku tengok2 ada benda ni. hihi.. lama dah tak main, buku kotak2 pun lama dah tak sentuh sejak habis SPM tahun 2008. ish3

mainan ni saya taktau apa nama dia. tapi sangat femes masa zaman saya sekolah rendah. dekat atas sekali tu akan tulis warna. ccontoh warnah BIRU, HIJAU, KUNING, MERAH. lepastu, suruh kawan pilih satu warna. contoh dia pilih warna kuning, kita kena eja sambil gerakkan mulut mainan ni yang terbelah tu. (macam pelik je penerangan ni :p) lepas tu saya dah tak ingat.. hehe

paper doll
ni mainan yang femes jugak lah dulu. tapi mainan ni saya main dengan sepupu2 je. sebab kalau main kat sekolah, nanti cikgu marah. cute je cara main benda ni. doll ada sorang, baju ada banyakkk sangat. lepastu nanti kita pilih la mana2 baju yang kita suka, pastu keratkan dia dari kertas keras yang besar tu, lepastu sangkut kan baju tu kat badan doll ni. lepastu main la sambil cakap sorang. nyehehehe 


ni satu lagi mainan zaman sekolah rendah. kat kertas ni kitorang akan buat column dalam 5 atau 6. lepas tu salah sorang akan pilih huruf. contohnya huruf K. dalam setiap column tu, mesti ada nama, negara, benda , and lepastu tak ingat.. hehe.. so , bila contohnya sorang dah pilih satu huruf macam huruf K tadi, semua orang yang main tu, akan cari lah perkataan yang bermula huruf K. macam kalau negara, Kanada, nama orang Kiki, dan selebihnya. kalau sama apa yang kita tulis tu dengan orang lain, dapat markah 50, tapi kalau kita sorang je tulis, dapat markah 100. haha.. markah tak menahan, nak banyakkk je :p




sudah dulu ye. mungkin masih ada lagi permainan2 yang saya tak masukkan kat sini. ni apa yang saya ingat je. budak2 zaman sekarang ni dah tak pandang dah benda2 ni semua. diorang pandang I-pad, tablet, smartphones..tapi ni lah kenangan, bila ingat balik, rasa manis dan rindu sangat :') jumpa lagi part lain nanti untuk edisi kenangan membesar di zaman 90an :) 



©hanny jaffar©

No comments: