Lilypie Kids Birthday tickers
sisters, do you think that a prince of deen will marry you while you just sit in front of your laptop, busy updating your status about marrying a righteous man or sharing almost all of Irma Hasmie's marriage photos and saying how lucky she is to become a wife of a great man? Will a prince of deen look for you just because of your splendid poem about marriage, your 'surat-buat-calon-suami' entries or your 'menanti-bakal-imamku-dunia-akhirat' status?

Thursday, September 20, 2012

Hari yang panjang dan penuh dugaan

Assalamualaikum. fuhhh.. kepenatan yang teramat hari ni. hari dimulakan dengan nutrisi 1,2,3 (Alhamdulillah) :) tadi pagi teman aunt pergi meeting kejap. aunt habis meeting lebih kurang pukul 2. lepastu balik rumah solat zuhur & makan tengah hari.. 



Lose Weight Now, Ask Me How!! :)
I'm #Herbalife Independent Distributor :))


lepas solat dan makan, pergi mont kiara kejap , nak hantar barang . plan asal lepas hantar barang, nak shoot terus ke warehouse herbalife kat jalan raja chulan. tapi sampai2 je kat mont kiara tu , dah agak jammed . masa tu budak2 international school kan dah keluar, tu yang sesak sikit jalan2 kat tempat nak hantar barang tu.. 


lepas dah settle urusan hantar barang, terus ke plan asal ; pergi heralife warehpuse @jalan raja chulan. tapi, masa naik bukit lepas traffic light kiaramas, tiba2 je kereta macam berat sangat. dah rasa tak sedap hati tu, terus lah berhenti kat tepi jalan. tengok2 masa tu, tayar depan dah flat habis. adeeii.. rasa macam nak melalak pun ada time tu.dahla jalan tengah busy.. huhu..


lepastu, tengok2 kat depan ada shell. 200 meter dari tempat berhenti dengan macho nya, masuk kereta semula , nyalakan hazard light & drive slow2 pergi shell tu. 200 meter yang jarak dia sepatutnya sekangkang kucing tu, tiba2 dah rasa macam jadi sekangkang gajah . -.-" tayar yang pancit 1 je, tapi masa jalan tu , memang dah rasa macam empat2 tayar pancit. wuwuwuw

sampai2 je kat shell tu, rasa lega kejap. masa tu ada sorang abang ni tolong sebab dia punya motor pun pancit jugak. mula2 nak try isi angin, tapi angin yang keluar lagi kuat bunyi dia dari angin yang masuk . haa camno tuuu? -.- rasa macam kesian je kat abang tu sebab dia punya motor pun pancit, so terus la decide untuk pergi cari sendiri kedai tayar kat area2 kiaramas tu. dah menapak jauh2 tu, ada satu kedai tayar yang agak besar la jugak. kereta kat situ pun besar2. then mintak la orang kedai tu datang kat shell. tapi, sedih sebab kat kedai tu tak cukup orang. ada 2 orang pekerja je. serius masa tu rasa macam nak meraunggggg T_T

lepastu, pergi semula lah kat shell tu. tiba2 ada satu nissan elgrand berhenti belakang kereta. turun sorang uncle singh ni untuk isi angin kereta dia. pastu, uncle tu tanya "kenapa kereta dik..?" then explain lah yang tayar buat hal. lepastu uncle tu dengan baik dan rela hatinya dia offer untuk tolong tukarkan tayar..


ohhh ohh.. time tu rasa macam baru dapat  bernafas. haha :')

uncle ni tolong gantikan tayar sampai terbaring2, terduduk2, tetonggeng2.. huhu




terima kasih banyak2 uncle dah tolong tadi. terima kasih. semoga uncle dimurahkan rezeki , dipermudahkan segala urusan & diberi kesihatan yang baik .. :')


lepas kereta dah elok, terus je tuju ke jalan raja chulan. tapi disebabkan dah mamai sebab kereta buat hal, terlepas jalan yang sepatutnya.. terpaksa masuk sentul.time tu dah pukul 4.30. kereta dah start banyak. bila dah hampir2 sampai kat jalan raja chulan tu, tengok2 jalan tutup. dah kena masuk jalan lain. masa ni, baru perasan yang minyak dah sampai E, & lampu merah dah menyala! huhu


tapi, gigih jugak nak pergi warehouse. sebabkan jalan yang sepatutnya dah tutup, terpaksa ikut Jalan TAR. well well well.. what do u expect dengan KL pukul 5 petang kan.. tambah lagi kat Jalan TAR.. huhu.. kereta bergerak tak sampai tayar tu boleh berpusing habis, lepastu stuck dekat 15 20 minit.. dahla nak terkucil time tu. perut pun dah senak sebab tahan nak buang air & cuak sebab minyak dah merah.. yela, dibuatnya mati kereta tu tengah2 jalan sebab kering minyak, tak ke haru.. -.-


mula2 masih tenang lagi sebab radio ada bebel2, tapi bila minyak dah merah, terus tutup radio. tutup aircond & buka tingkap. adoii,, tengah2 KL ni, asap jangan cerita lah kan. kiri kanan bas besar2 menghala ke puduraya. adoii.. sesak nafas weiii -.-


tengok jam dah pukul 5.20. terus call warehouse nak tanya tutup pukul berapa. warehouse cakap pukul 6.30. tapi bila tengok traffic yang jalan sekerat2 tu je , lepastu dengan belum solat asar + minyak kereta yang hampir nak kering tu, terus batalkan niat untuk pergi warehouse :( takpelah kan, mungkin ada sebab Allah tak izinkan pergi warehouse tadi, tu sebab banyak dugaan menimpa..





nampak tak arrow merah tu.. tu minyak dah habis sesangat sangat dah tuuuu.. cuak ohh masa tu . haha. tak boleh bayangkan kalau tiba2 enjin terpadam tengah2 sesak bandar KL ni. hadoii hadoii.. sepanjang jalan nak cari pam minyak, mulut tak berhenti selawat. huhu






ni masa kat jalan semarak. still jammed. huhu


dari tengah bandar KL nak balik ke rumah, tak jumpa satu pun pam minyak. hadudududuiii.. serabut jiwa raga masa tu . last sekali, isi RM10 je kat pam minyak sebelum naik bukit rumah.. dah isi RM10 pun still lampu merah. nampak sangat minyak dah kering bebenorrr tadi. haha..


adoii,, memang penat hari ni. kepenatan , keletihan.. tapi, apa yang saya dapat belajar dengan pengalaman hari ni ialah sabar. serius, memang teruji kesabaran saya hari ni. tapi, kalau tak rasa pengalaman macam ni, takdelah boleh dinamaka nak cuba hidup berdikari.. kan? umur bukan kecik lagi, lepasni semua kena buat sendiri ,, tak boleh nak harap semua pada orang lain.. kan? :)



©hanny jaffar©

2 comments:

Ainul Hayat said...

Salam Hani,

Mujur ada uncle tu tolong. Memang biasalah pukul 5 jalan dah start jem. Hani kat KL ke skrg? Praktikal kat mana?

cik hanny^^ said...

wslm kak..

tulah, mujur sgt2 ada uncle tu. kalau tak, taktahu berapa lama hani tersadai kat mont kiara tu. ye kak, hani kat kl. belum practical lagi, practical start bulan 10. 15 oktober..

insyaAllah hani practical kat UNIC.. kat gombak :)