Lilypie Kids Birthday tickers
sisters, do you think that a prince of deen will marry you while you just sit in front of your laptop, busy updating your status about marrying a righteous man or sharing almost all of Irma Hasmie's marriage photos and saying how lucky she is to become a wife of a great man? Will a prince of deen look for you just because of your splendid poem about marriage, your 'surat-buat-calon-suami' entries or your 'menanti-bakal-imamku-dunia-akhirat' status?

Thursday, September 6, 2012

Jangan marah, nanti kena jual. eh ke cepat tua?


Asslamualaikum. semua orang dalam dunia ni mesti pernah rasa dan akan mengalami perasaan marah kan. lagi2 kalau orang yang jenis baran . hehe :p marah2 ni tak elok sebenarnya. kan orang ada cakap, jangan marah2, nanti cepat tua. bila fikir semula, mungkin betul theory tu. yelah kan, bila orang marah, kan muka dia berkerut je. bila dah kerut, jadi kertu lah nanti kan. hihi

Dalam Islam pun dah ajar kita macam mana cara mengawal marah. Antaranya Orang yg marah hendaklah mengubah kedudukannya dari berdiri kepada duduk, apabila kedudukan seseorang yg marah itu berdiri maka memudahkan dia untuk mengambil tindakan atas amarahnya.

Nabi SAW juga ada bersabda yang membawa maksud :



”apabila seseorang kamu marah dalam keadaan berdiri hendaklah dia duduk, jika masih tidak hilang kemarahannya hendaklah dia berbaring secara mengiring”
(Hadith riwayat Ahmad & Abu Daud)



Banyak sebenarnya yang Islam dah ajar tentang cara kita nak mengawal kemarahan ni. yelah, bila marah , diri kita ni macam bukan dikawal dengan akal lagi, tapi dikawal dengan perasaan . syaitan memang suka berkawan dengan orang yang diri dikawal oleh perasaan. sebab tu kita tengok, bila pasangan bercinta yang keadaan lebih cenderung pada perasaan ni, macam2 bisikan yang syaitan hadiahkan. eh2, lari topik sikit pulak :D



saya ni ada perangai pelik sikit. kalau marah, tak pandai nak cakap. diam aje. lepastu stress sorang2. bab diam tu dAH betul, tapi bab stress sorang2 tu yang tak betul. saya pegang prinsip yang kalau kita marah, lebih baik diam sebab bila kita marah, nanti tah apa2 yang keluar dari mulut ni ha. nauzubillah. tapi yang tak best bila marah dalam diam ni, saya akan jadi moody sepanjang hari. cik hanny, sila ubah perangai ye. 




macam haritu, saya nak kata marah, tak kot tapi adalah sikit. bengang yang banyak. biasalah pasal assignment. nama pun student kan. saya taktau lah apa masalah saya ni, hampir setiap sem, saya akan jumpa dengan groupmate yang malas buat kerja. bila nak jumpa, macam2 alasan. saya tak kisah kalau taknak jumpa, tapi kerja jalan. ni tak. dah taknak jumpa, kerja pun tak jalan. masa hamba Allah tu message saya, saya dalam class. Ya Allah, perasaan masa tu tak boleh nak cakap apa2. memang rasa geram. dalam hati ni tak berhenti mintak Allah letakkan kesabaran kat saya. mintak Allah jauhkan bisikan syaitan daripada terus marah2. Alhamdulillah, tak jadi meletup gunung berapi ni. haha


tapi sebenarnya, sebelum kita ni jadi manusia yang suka marah2, meh kita cuba muhasabah diri sikit meh.. :)


1. Mengapa aku perlu marah?

2. Apakah kesan kemarahan aku nanti?

3. Bagaimana pandangan Allah kepada aku?


api kemarahan yang panas membahang tu, sejukkan dengan air wudhuk ye. bukan dengan ice blended. tu tekak je sejuk, hati tak :p



Nabi SAW bersabda maksudnya :

“Sesungguhnya kemarahan adalah daripada syaitan dan syaitan dicipta daripada api, apabila salah seorang daripada kamu marah maka hendaklah dia berwudhuk”
(Hadith riwayat Ahmad & Abu Daud)



siapa lah kita ni kan nak selalu marah2. salah sikit marah, salah sikit komplen. sedar tak yang kita ni banyak dah salah dengan Allah. jangan fikir kemarahan kita yang tak seberapa tu. memang betul orang cakap "sabar ada hadnya".. tapi, sabar tu kan indah. insyaAllah, setiap yang sakit tu ada indahnya yang mungkin kita tak nampak sekarang, tapi nampak DISANA nanti. akhir kata, sabar sabar sabar dan sabar sebab ianya sebahagian daripada iman kita :')


©hanny jaffar©



No comments: