Lilypie Kids Birthday tickers
sisters, do you think that a prince of deen will marry you while you just sit in front of your laptop, busy updating your status about marrying a righteous man or sharing almost all of Irma Hasmie's marriage photos and saying how lucky she is to become a wife of a great man? Will a prince of deen look for you just because of your splendid poem about marriage, your 'surat-buat-calon-suami' entries or your 'menanti-bakal-imamku-dunia-akhirat' status?

Friday, October 26, 2012

sajian Aidiladha : Nasi Kerabu


Assalamualaikum. Salam Aidiladha semua ! makan apa hari ni? hari ni saya masak nasi kerabu untuk keluarga. tapi mintak maaf la bebanyak ye sebab gambar nasi yang dah digaul, tak sempat nak ambik. lapar gila sebab start masuk dapur pukul 8 lebih. hampir pukul 12 baru siap masak. nasi kerabu ni sangat best kannn, tapi nak buat dia agak rumit. rumit bukan apa pun , tapi rumit sebab banyak kerja sikit buat dia. tapi bila dah siap, memang hilang semua penat masa nak sediakan nasi kerabu ni haaaa..


jom, saya kongsi resepi :)


Nasi :

Beras 
Serai sebatang ( ketuk)
daun limau purut
halia
bunga telang

  • cara masak nasi, masak macam biasa lah ye. nak dapatkan warna biru dari bunga telang tu, cuma ramas2 bunga telang dalam air lepastu tapis air dia.. kalau takde bunga telang, pakai pewarna biru pun boleh, tapi kalau nasi tak kaler biru pun ok je sebenarnya :)



****************************


Kuah Tumis :


Minyak untuk menumis
Bawang merah
Bawang putih
Halia 
Serai (ketuk)
Asam keping
Cili kering
Garam
Gula
Sepotong gula melaka
1 gelas santan pekat


Cara2..

  • Kisar semua bahan kecuali serai dan santan. bila dah hancur, tumis dengan minyak sampai garing. . masukkan serai ketuk lepastu masukkan santan , biarkan sampai pekat sikit. Bila dah menggelegak, tutup api :)

******************************


Sambal kelapa goreng

Kelapa parut. goreng hingga kekuningan
ikan rebus ( Ikan kembung / selayang)
bawang merah
serai
gula pasir dan garam secukup rasa
sedikit gula melaka

Cara2.

  • kelapa parut digoreng hingga kekuningan. tumbuk bawang merah & serai. masukkan ikan & tumbuk ikan sampai hancur. masukka gula pasir, gula melaka dan garam. gaulkan semua dengan kelapa yang dah digoreng tadi. Siap! :)


****************************


Air Lada 

Cili padi
garam 
gula
cuka

cara2

  • blend semua. sekali. ikut rasa tekak sendiri lah ye. tapi rasa dia pedas2 masam manis. sedap! :)

**************************

Solok Lada

Lada basah (hijau/ merah)
kelapa parut
ikan 
Bawang merah
Halia
lada hitam
santan pekat
garam, gula secukup rasa


Cara2 :

  • lada basah tu belah tengah, tapi jangan bagi putus tau. nanti tak boleh nak sumbat dengan isi ikan & kelapa. buang urat & biji cili tu. rendam kejap dalam air cuka. lepastu, tumbuk bawang merah, halia & lada hitam. masukkan ikan dan gaul. lepastu letak garam&gula secukup rasa. bila dah bersatu ikan dengan bawang tu, gaul dengan kelapa. lepastu boleh sumbat dia dalam cili..susun cili dalam periuk, bubuh santan & renehkan dalam api sederhana :)

*****************************

ulam-ulaman.. 

pakai jela sayur apa pun boleh. tapi biasanya orang akan pakai taugeh, kobis, timun, kacang panjang etc2.. kali ni saya punya ulam2, saya guna daun kaduk, daun kesum, kacang buncis, kobis purple , serai & timun. semua tu hiris2 jelah. ulam2an ni ikut apa yg ada dan ikut suka tekak anda yang nak makan lah ye


normally, orang akan hidangkan dengan daging salai / ikan celup tepung / ayam percik / paru goreng. so hari ni saya buat paru goreng berlada sebagai lauk sampingan. 


******************************


paru goreng berlada 

bawang putih
bawang merah
halia
lengkuas
cili kering
paru

Cara2

paru direbus . letak garam sikit dalam air rebusan
bila dah empuk, keluarkan dan hiris nipis
gaulkan garam & serbuk kunyit. biarkan sekejap. lepastu goreng macam biasa.
kisar cili kering, halia, bawang putih, bawang merah dan lengkuas.
tumis macam biasa sampai pecah minyak. letak air sikit
letak garam atau gula sesedap rasa
masukkan paru yang digoreng tadi. kacau2 kejap lepastu, siap! :)
*kalau suka yang berkuah, bubuh la air banyak sikit. tapi paru goreng berlada sedap kalau kering je*


kalau dah nama masakan kelantan, budu haruslah ada kannn. kalau takde , bukan namanya masakan dari negeri cik siti wan kembang tu. kannnn :) budu nak original dari botol pun ok, tapi kalau nak lagi sedap, perah asam limau sikit, potong bawang besar & cili padi. siap dan boleh dimakan! nyumnyummy!!! :D




ni hasilnya :) eh, keropok & telur masin jangan lupa tau! selamat mencuba dan selamat hari raya ! bubaiiii ^_^



©hanny jaffar©

No comments: