Lilypie Kids Birthday tickers
sisters, do you think that a prince of deen will marry you while you just sit in front of your laptop, busy updating your status about marrying a righteous man or sharing almost all of Irma Hasmie's marriage photos and saying how lucky she is to become a wife of a great man? Will a prince of deen look for you just because of your splendid poem about marriage, your 'surat-buat-calon-suami' entries or your 'menanti-bakal-imamku-dunia-akhirat' status?

Wednesday, October 3, 2012

Sharing is caring.. kann?

Assalamualaikum. hari ni nak sharing sikit pasal cinta, jodoh, kasih sayang etc2. pertama sekali nak minta maaf kalau sesiapa yang baca ni akan terasa atau apa2 jelah. 




sekarang ni, selalu sangat dah saya dengar pasangan2 yang bercinta ni keluarkan ayat-ayat manis pada pasangan masing2. alah, saya tahu sebab dulu saya pun pernah bercinta jugak. empat tahun, cakap je apa ayat manis yang tak pernah saya dapat dan tak pernah saya cakap. kalau pun tak sama cara pengucapan, maksudnya tetap sama.


sekarang ni bila dah single, saya rasa apa yang pernah saya cakap dan apa yang pernah si dia sampaikan pada saya tu semuanya fake! dulu, saya dan dia selalu cakap macamni "saya sayang awak kerana Allah. saya harap sangat Allah redha hubungan kita ni."






my dear brothers and sisters... 

macam mana Allah nak redha sesuatu perkara yang DIA tak suka? betul, dalam Islam tak pernah larang kita bercinta. tak salah langsung nak bercinta. tapi, biarlah dengan cara yang elok. yang silapnya sekarang ni, cara kita melaksanakan percintaan tu. 

Allah pesan dan suruh pada kita supaya sentiasa menundukkan pandagan pada jantina yang berlainan. tapi, bila bercinta ni.. mustahil kita jumpa si dia dan kita sama2 pandang ke arah lain. betul tak? perempuan pulak, bila bercinta.. secara automatiknya suara akan jadi mendayu2. yang kasar ganas pun boleh jadi manja. lelaki pulak, bukan boleh dengar suara perempuan yang manja2 ni. ada je lain yang dia fikir nanti. saya tahu sebab saya pernah mengalaminya. 




..." saya tak mampu hidup kalau awak takde.."


Allah.. kenapa sampai kesitu perginya? meh saya share. dulu, masa saya bercinta.. saya pernah cakap macamtu. saya takut kalau dia tinggalkan saya dan saya takboleh hidup kalau dia takde. tapi buktinya, saya masih hidup sampai hari ni walaupun dia dah tinggalkan saya setahun lebih. sebelum saya jumpa dia, saya boleh je hidup. apatah lagi lepas dia tinggalkan saya, saya rasa saya makin bersemangat nak hidup.. sebab apa? sebab saya tahu dulu saya banyak buat silap. terlalu banyak. bila bercinta, saya lalai. masa saya sangat banyak dihabiskan bersama dia. sepatutnya, saya lebihkan masa bersama pencipta saya dan keluarga saya. tapi ni terbalik pulak. saya juga menjadi sahabat syaitan laknatullah dulu. yelah, bila bercinta, saya banyak membazir. bil melambung tinggi. beratus-ratus. bila birthday dia, sibuk nak belikan hadiah. patutnya duit yang saya ada, saya simpan. ni sebaliknya..





banyak silap saya dulu. tapi saya tak pernah salahkan dia. kalau dia tak tinggalkan saya, saya tak jadi macam sekarang. mungkin saya lebih hanyut. mungkin saya lebih banyak dosa. 


sekarang ni, saya lebih bahagia hidup sendiri. saya nak tebus semula silap saya. ALHAMDULILLAH, masa saya lebih banyak bersama DIA dan keluarga saya. mungkin ini hikmah disebalik perpisahan saya dengan dia. tipulah kalau saya tak rasa tertanya-tanya siapa bakal pemilik hati saya yang Allah dah tulis di luh mahfuz sana. yelah, tahun depan dah 22. tapi, saya tahu.. ALLAH ada perancangan yang lain untuk saya. buat masa ni, biar cinta yang ada ni jadi milik DIA saja.. 


harus diingat ye kawan2 yang sedang hangat bercinta.. bukan namanya cinta kalau menghantar orang yg kita sayang tu ke neraka.dan bukan namanya cinta kalau jauhkan kita daripada Sang Pencipta. :) sekarang ni tugas kita jadi anak yang baik untuk mak ayah. mak ayah hantar kita pergi sekolah / universiti dengan harapan yang menggunung. jadi, jangan hampakan mereka. kan sweet bila kita  sapu air mata mak / ayah kita bila dia tengok kita berjaya.  berkawan tak salah, tapi adab2 kena lah jaga. 

saya petik kata-kata dari seseorang ... "jangan sibuk nak cari pemilik tulang rusuk kiri kalau syurga di bawah tapak kaki pun belum terjaga.. " =)
kalau dah jodoh tak kemana. :)



©hanny jaffar©

2 comments:

cik chinta said...

yep, klo jodoh x kemana (:

Ainul Hayat said...

Betul tu Hani. Sebab tu ada pepatah "belajar dari kesilapan"..apa2pun, kena bersyukur sebab Allah masih sygkan kita sebab tu DIA jauhkan kita dari perkara2 yg boleh melalaikan tu. Semoga bertemu jodoh yang sebaik-baik manusia ye :)