Lilypie Kids Birthday tickers
sisters, do you think that a prince of deen will marry you while you just sit in front of your laptop, busy updating your status about marrying a righteous man or sharing almost all of Irma Hasmie's marriage photos and saying how lucky she is to become a wife of a great man? Will a prince of deen look for you just because of your splendid poem about marriage, your 'surat-buat-calon-suami' entries or your 'menanti-bakal-imamku-dunia-akhirat' status?

Sunday, November 11, 2012

Toufu telur & cendawan tiram



Assalamualaikum. makan dah semua? ni menu makan tengah hari untuk umi saya :) taktahu apa nama dia, tahu masak je. hehe. disebabkan takde nama spesifik, kita letak jela nama dia berdasarkan bahan yang digunakan :p benda ni senang je nak masak, tapi sedap. tapi ikut tekak jugakla kann :D

bahan2 : 



toufu telur
bawang putih
tepung gandum
air bancuhan tepung jagung
blackpaper & garam
air 
daun sup
telur sebiji
minyak untuk menumis.


first sekali, potong toufu ni bulat2.jgn tebal sangat & jangan nipis sangat. lepastu, golek-golek-kan beliau bersama tepung gandum macam ni



lepastu boleh la goreng beliau. tak payah lama sangat. goreng sesedap rasa & make sure, minyak jangan banyak~! tak elok untuk kesihatan! 


untuk menjaga kesihatan, silakan guna minyak zaitun. penuh dengan khasiat :p kalau nak guna minyak biasa pun boleh. cumanya, tak berapa elok untuk kesihatan :)

bila dah siap goreng, angkat & letak atas tisu serap minyak ye.. taknak letak pun takpe sebenarnya.. hihi

lepastu, cincang bawang putih, dalam 5 ulas.. panaskan minyak zaitun 1 atau 2 sudu besar, dan tumis bawang putih. bila dah naik bau, masukkan air, garam dan blackpaper.

biarkan sampai menggelegak.. lepastu boleh masukkan cendawan tiram & toufu yang dah digoreng tadi tu macam ni


biarkan sekejap , lepastu masukkan 3 4 sudu bancuhan air tepung jagung. tujuan air bancuhan ni untuk dapatkan tekstur yang agak pekat. so, kalau agak2 macam pekat sangat, boleh tambah air lagi. pandai2 sukat ye :)

sementara tunggu beliau mendidih, pukul sebiji telur .. pukul jangan kuat2 ye. nanti sakit cik telur tu :p bila dah mendidih, matikan api, dan letak telur dalam kuali. gunakan teknik macam bawah ni


letak telur dalam penapis, lepastu pusing2kan tangan. fahamkan kan? heee ^_^

lepastu, boleh letak daun sup yang dicincang.. tekstur masakan ni lebih kurang macam shark fin soup. pekat2 sikit. jom la cuba, best dan sihat! :)







©hanny jaffar©

1 comment:

Ainul Hayat said...

Menareks...Akak suke gila tofu telo ni.