Lilypie Kids Birthday tickers
sisters, do you think that a prince of deen will marry you while you just sit in front of your laptop, busy updating your status about marrying a righteous man or sharing almost all of Irma Hasmie's marriage photos and saying how lucky she is to become a wife of a great man? Will a prince of deen look for you just because of your splendid poem about marriage, your 'surat-buat-calon-suami' entries or your 'menanti-bakal-imamku-dunia-akhirat' status?

Monday, January 14, 2013

Makan Malam


Assalamualaikum . bersiaran langsung dari rumah manis rumah. :D macam biasa, menjadi seorang anak perempuan tunggal adalah agak berlainan sikit sebenarnya dari jadi anak perempuan yang tak tunggal. #eh ? :p sama ada jadi anak tunggal perempuan yang manja ataupun yang berdikari. saya mungkin campuran keduanya , so saya adalah seorang anak perempuan tunggal yang mandi. hihi :p

ok, abaikan kemerepekan itew -.-

macam biasa, bila balik kerja..perkara wajib adalah bersilat ye anak-anak.bukan bersilat di gelanggang, tapi bersilat di dapur. ye , dapur.. alah, orang perempuan kan. kalau tak masak, tak perempuan lah. eh, boleh ke camtu? habisla kena baling telur aku nanti -.-

terpulang lah rasanya . kalau rajin dan boleh memasak, Alhamdulillah. bagus. Tapi kalau tak boleh memasak tu, tak bermakna awak tak bagus. tapi anggap je awak masih on the way nak jadi bagus.. hee

hari ni lauk untuk isi rumah ialah asam rebus ikan sembilang, ikan siakap masak tiga rasa, kacang panjang goreng & pajeri terung. pajeri terung tu lauk semalam. hehe :p dan saya belum pandai nak masak pajeri terung sebab saya tak suka rasa dia yang agak pelik tu. takpe, nanti kalau bakal suami dan family dia suka pajeri terung tu, nanti saya cuba masak. #eh lagi sekali :p

tapi hari ni nak share resepi ikan siakap masak tiga rasa jelah kot. ekceli takdela resepi sangat sebab main bubuh je apa yang ada dalam fridge tu. -.- so para chef sekalian, mahap bebanyak yawww sebab tak ikut resepi. saya ikut kepala sendiri je :p

bahan-bahan

ikan siakap
bawang putih
bawang merah
halia
cili kering
cili padi
kunyit
tomato / nenas
garam , gula
sos tomato
apple cider
sos ikan (kalau takde boleh ganti dengan sos tiram)
cili padi
daun bawang, daun sup, daun ketumbar


cara-cara

1.goreng ikan sampai garing. Ketepikan

2.kisar cili kering, bawang putih+merah & halia

3.sebahagian halia & bawang putih hiris halus & tumis. ini untuk bagi rasa dan bau pada sos

4.masukkan bahan yang dah dikisar tu. tumis sampai pecah minyak. ehem, minyak jangan bebanyak sangat tau! boleh je guna minya sikit. cuma lambat sikit lah bahan kisar tu pecah minyak

5. lepastu, masukkan air sikit. 

6.masuk tomato, cili padi & sebahagian daun-daunan

7. masukkan sos tomato sikit, sos tiram/sos ikan.

8.masukkan garam & gula 

9.biarkan mendidih & agak-agak pekat, dan siap! boleh angkat bubuh atas ikan :)




tips :

1. bila dah sudah guna blender, jangan basuh terus.tapi masukkan sikit air dalam blender, goncang sikit & masukkan air dalam masakkan. insyaAllah sedap. sebab apa? sebab kita digalakkan supaya tidak membazir! kita taktahu, mungkin lebihan yang melekat kat blender tu ada rezeki & berkat didalamnya :)


2. bila kita gunakan sos tiram dalam masakan, campur sikit gula. sebab akan menaikkan rasa sos tiram & masakan. 

3. Tips paling penting ialah, masak dengan hati yang ikhlas dan penuh kasih sayang. dan jangan lak sebok berdendang sayang nyanyi lagu lady gaga ke siti nurhaliza ke. :p berselawat & zikir la sambil masak tu. insyaAllah makanan akan jadi sedap. berkat! :) 


dah sibuk masak-masak untuk isi rumah, makanan malam saya adalah ini :

strawberry & dutch chocolate formula 1 :) #herbalife. hehe


love, hannyjaffar





No comments: