Lilypie Kids Birthday tickers
sisters, do you think that a prince of deen will marry you while you just sit in front of your laptop, busy updating your status about marrying a righteous man or sharing almost all of Irma Hasmie's marriage photos and saying how lucky she is to become a wife of a great man? Will a prince of deen look for you just because of your splendid poem about marriage, your 'surat-buat-calon-suami' entries or your 'menanti-bakal-imamku-dunia-akhirat' status?

Monday, January 28, 2013

Roti naik ke Roti kukus?


Assalamualaikum! :) malam ni satu lagi projek menuju alam rumah tangga. hihi. kata nak jadi masterchef untuk bakal suami, so kena lah menuntut macam2 ilmu masakan daripada orang yang berpengalaman. hihi :p  malam ni saya buat roti. alaaa roti biasa2 je. family  kami panggil roti naik. orang lain tak sure pulak panggil apa. mungkin roti kukus sebab cara masak dia dengan mengukus. ataupun roti gebu sebab dia sangat gebu. ataupun roti kaler2 sebab dia kaler pink + kuning. ikut lah mana2 nak panggil pun. janji bendanya sama, iaitu roti :p

okay, bahan-bahan yang diperlukan ialah 

1kg tepung gandum
1 biji telur
100ml susu fresh
1 packet mauripan
400ml air suam
1 cawan gula
garam
vanilla extract
pewarna merah, kuning atau apa2 je.ikut suka masing2

step yang pertama ialah. korang perlu sediakan mangkuk dalam 3 biji. kalau takde mangkuk, tak boleh buat kerja :p

oke2, serius. first sekali,, kena ayak tepung tu. ayak sekali pun cukup dah. lepastu bubuh mauripan. gaul2 mauripan dengan tepung tu bagi selesa bersama :p

lepas dah gaul2, asingkan dua bahagian. kalau nak buat banyak kaler, asingkan lah ikut kaler yang nak bubuh nanti. kalau malas, buat je 1 kaler. tapi saya biasa buat dua kaler.. pink & kuning

dalam bekas yang lain, pukul telur. jangan kuat2 tau. pukul biasa2 je.pastu masukkan susu fresh, garam ,gula , vanilla & air suam. kacau2 sikit. lepastu asingkan kepada dua bekas. letak kaler yang diingini.

lepastu, letak tepung yang dah asing tadi dalam bekas campuran susu n telur tu. uli jangan kuat2 sebab nanti roti tak naik atau. gaul dan uli secukup rasa sampai keliling bekas tu bersih. maksudnya takde adunan yang melekat.

bila dah siap, ambik kain basah dan rehatkan selama 1 jam. ceni lah rupa dia bila dah 1 jam. dia akan mengembang dengan jayanyaaaaaaaa :p



bekas ni tinggi, so tak nampak sangat kegebuan beliau. bila dah naik ceni, tumbuk2 mereka bagi keluar angin. lepastu, uli sikit lagi, tutup semula dengan kain basah & biarkan selama setengah jam.

sambil-sambil tu boleh lah sediakan loyang & panaskan air untuk mengukus.

bila dah cukup satu jam, boleh dah bulat2kan dia untuk letak dala loyang. ikutlah kretiviti masing2, nak buat tocang ke, nak susun2 ke atau apa2 jela. saya buat bulat2 & susun selang seli antara warna pink dan kuning. hasilnya macam ni



ada 1 lagi loyang tu buat tocang. tapi malas lak nak ambik gambar :p

bila dah susun, biarkan kejap dalam 5 10 minit. bagi naik sikit lagi lepastu boleh masukkan dalam pengukus. kukus lebih kurang 30-35 minit. lepastu boleh dah angkat. yayyy.. hasilnya, harusla gebu dan lembutt uolssss :p

  see, gebu tak iols punya rotii? heeee. ni hasilnya bila kita masak dengan penuh kasih sayang untuk orang yang tersayang . aishewahhhh :p


ni bila dah keluarkan dari loyang. mahap bebanyak sebab kualiti gambo sangat tak ohsem! iols pakai fon cikaiii je.


roti ni sedap makan pepanas. sapu sikit dengan butter ataupun cicah milo. pehhh, memang ohsem ! sila lah cuba ye.


untuk bakal suami, nanti u balik kerja, i buatkan ni untuk u kayy? #nak jugak cakap walaupun entah sape entah orangnya -___-" 


love, hannyjaffar


1 comment:

Nur Hafiza Rahsid said...

omaigod bestnyaaa tengok dia naik gebuu macam tu sekali. tapi kita x terel T_T takutt tak jadik