Lilypie Kids Birthday tickers
sisters, do you think that a prince of deen will marry you while you just sit in front of your laptop, busy updating your status about marrying a righteous man or sharing almost all of Irma Hasmie's marriage photos and saying how lucky she is to become a wife of a great man? Will a prince of deen look for you just because of your splendid poem about marriage, your 'surat-buat-calon-suami' entries or your 'menanti-bakal-imamku-dunia-akhirat' status?

Saturday, February 9, 2013

Dream House :)

Assalamualaikum. salam jumaat penuh barakah :) rasanya semua orang dalam dunia ni ada impian kan. impian untuk memilik macam-macam. sama jugak macam saya. sejak2 dah masuk umur 22 tahun ni, pemikiran pun dah jalan jauh kedepan sikit. hehe. saya ada impian untuk memiliki sebuah rumah yang saya design sendiri. memang tinggi cost, tapi kalau kita usaha, semuanya tak mustahil kan? :)

saya suka rumah yang santai, dalam masa yang sama agak moden. saya tak suka keadaan yang serabut. konsep vintage sangatlah saya tak suka sebab pada saya terlalu banyak corak dan barang yang nak ditampilkan. tapi, lain orang lain minat dan citarasa. kannn ? :)


pastinya ruang yang paling penting dan wajib ada di rumah saya nanti selain bilik tidur, saya perlukan dapur yang lengkap dengan segala alatan memasak untuk saya jadi masterchef untuk suami,anak2 dan kelurga besar saya. :D dannnn yang paling penting sekali, saya perlukan bilik/ruang solat dan juga 1 bilik untuk memuatkan seluruhhhhhhhhhhhh bahan bacaan saya merangkap pejabat kat rumah. sebab saya rasa, saya nak buat kerja dari rumah dengan herbalife. saya nampak peluang yang cerah kat situ. nak tahu macam mana? contact details saya ada kat sidebar :)


okayy,cukup membebel,, jom tengok sebahagian ruang impian untuk 'syurga' idaman saya... ;)


ini adalah master bedroom. saya nak konsep yang lebih kurang macam ni, tapi mungkin akan di ubah mengikut bajet yang ada. semuanya bergantung pada bajet. kalau bajet ada lebih, boleh jadikan sebiji macam ni. saya pun rasanya memang nak warna putih untuk bilik tidur saya. putih kan suci. ecececeyyy :p


okay. ini pulak antara design dapur yang saya rasa, saya akan WORK HARD untuk dapatkan keadaan dapur milik saya sebiji macam ni. saya sangat suka memasak , tak kira lah apa jenis masakan sekalipun. saya perlukan working table untuk acara potong memotong, bancuh mebancuh , putar memutar dan lain2. saya jugak nak kumpul duit & kerja keras untuk make sure saya ada semua peralatan memasak. heee. pengaruh tengok network food channel ni sebenarnya. kehkeh :p



ini pulak walking wardrobe. heee.. sebelah saya punya & sebelah lagi bakal suami punya. saya suka konsep walking wardrobe sebab nampak kemas. mungkin baju2 kat walking wardrobe ni saya akan letak baju2 yang formal. baju jalan2 atau duduk rumah, bak kata orang baju basahan, saya letak dalam almari biasa je. kalau semua nak letak kat dalam walking wardrobe ni, errr tak mampu lak rasanya nak design ruangan lain. huhu

3 ruang ni kalau boleh memang teringinnnnnn sangat nakk sebiji macam ni. tapi tengoklah rezeki macam mana nanti. nampak macam mustahil, tapi sebenarnya takde yang mustahil dalam dunia ni dengan izin Allah kann? :) impian kena besar, barulah kita akan usaha sebesar impian kita tu. byeeeee~ :)


love,hannyjaffar

1 comment:

ezzah junsu said...

nak jugak rumah macam ni! hai hani sayangg :)