Lilypie Kids Birthday tickers
sisters, do you think that a prince of deen will marry you while you just sit in front of your laptop, busy updating your status about marrying a righteous man or sharing almost all of Irma Hasmie's marriage photos and saying how lucky she is to become a wife of a great man? Will a prince of deen look for you just because of your splendid poem about marriage, your 'surat-buat-calon-suami' entries or your 'menanti-bakal-imamku-dunia-akhirat' status?

Tuesday, May 28, 2013

Wanita Melamar Lelaki merupakan amalan TERPUJI


Asslamualaikum. :) masih ingat lagi dengan entry jiwang karat bersalut islamik? ehee. kalau tak ingat, boleh la pergi baca kat sana :) picit jee ;) 




berbalik semula pada tajuk di atas, dalam Islam takde larangan bagi wanita yang ingin melamar lelaki soleh untuk dijadikan suami. tapi disebabkan masyarakat melayu yang penuh dengan adat sampaikan syariat diketepikan, ramai wanita zaman sekarang takut untuk lakukan perkara yang terpuji ni. 


yelah, kita sering di momokkan dengan peribahasa "perigi mencari timba" sampaikan bila ada wanita yang mula menyatakan hasrat untuk meminang lelaki, mula lah keluar ayat macam "eh, kau tak risau ke orang cakap apa nanti?" "eh, kau biar betul?" 


jika disingkap semula sejarah, masih ingat lagi kisah cinta agung Rasulullah dan Siti Khadijah? bagaimana Siti Khadijah menyuarakan hasrat hati beliau? jangan risau kalau lamaran ditolak. kerana, dalam sirah terdahulu pun ada menceritakan tentang bagaimana hasrat Saidina Umar ditolak oleh Saidina Abu Bakar apabila beliau    ingin meminang Saidina Abu Bakar untuk puterinya, Siti Habsah.


Pinangan Umar ditolak Saidina Abu Bakar, tetapi penolakan itu dilakukan dengan cara paling terhormat. Namun selepas itu Umar mendapat calon yang lebih baik apabila Rasulullah memperisterikan Siti Habsah. Jelas Allah tidak akan mengecewakan hamba yang bersungguh melaksanakan syariat-Nya. Sayang sekali, malu kita tidak merujuk kepada syariat.


Ada 1 hadith yang diriwayatkan oleh Anas 

Ada seorang wanita yang datang menawarkan diri kepada Rasulullah dan berkata: “Ya Rasulullah! Apakah kau memerlukan aku?” Puteri Anas yang hadir ketika mendengar perkataan wanita itu mencelanya dengan mengatakan dia tidak punya harga diri dan rasa malu. “Sungguh memalukan dan betapa buruknya…!” Anas berkata kepada puterinya itu: “Dia lebih baik daripadamu! Wanita itu senang kepada Nabi dan menawarkan dirinya!” (Riwayat Bukhari)


Memetik kata-kata dari Ustaz Pahrol Muhd Juoi

“Tidak seharusnya seorang wanita berasa malu untuk memulakan langkah untuk melamar lelaki yang dirasakan layak untuknya.“Malah, tiada tentangan dari sudut akidah, syariah dan akhlak Islamiah terhadap perkara berkenaan,” katanya.


tapi, kalau boleh sebagai wanita Islam , walaupun kita menyuarakan hasrat kepada seseorang lelaki, seeloknya, gunakanlah orang tengah. ibu bapa, ahli keluarga , sahabat ataupun orang2 yang dipercayai. tak sopan rasanya kalau kita sendiri mengaku pada dia. bukan tak boleh, tapi kurang manis , ehee :D


Ustaz Pahrol juga ada mengatakan “Jika diterima, alhamdulillah dan jika ditolak sekalipun tidak mengapa. Allah tetap menilai percubaan itu sebagai amal soleh kerana mereka sudah melakukan sesuatu yang halal dan harus di sisi Islam,” katanya.

dan....

Berjaya atau tidak, bukan soalnya kerana Allah menilai usaha berkenaan. Jangan sesekali berasa diri direndahkan. Mereka perlu berasa malu jika terbabit dengan pergaulan bebas, pendedahan aurat dan tindakan haram lain untuk mendapatkan pasangan hidup,”


jelas? :) bagi wanita di luar sana yang mempunyai hasrat ingin meminang lelaki yang anda rasa mampu membimbing anda ke jalan yang diredhai, teruskan je niat tu . tapi, letak Islam sebagai syarat utama. dalam Islam lengkap adab dan santun. jangan main redah aje. hee..


selamat bercinta hingga ke syurga mengikut jalan yang diberkatiNya! :)








1 comment:

Anonymous said...

Saya ada berniat untuk meminang seorang lelaki yang saya kira baik dari segi agama, kelakuan dan latar belakang keluarganya. saya dan keluarganya juga baik kerana kami mnghadiri kelas agama yang sama. Saya telah meminta wakil yang saya percayai untuk meminang lelaki tersebut. Wakil tersebut juga mempunyai hubungan baik dengan keluarga lelaki itu. Tetapi, malangnya apabila diketahui oleh ahli keluarga lelaki itu, mereka marah dengan tindakan saya dan ada di antara ahli keluarga lelaki tersebut menghina dan mencaci saya. Saya berasa amat sedih dengan keadaan ini. Dan ini menyebabkan hubungan saya dan keluarga lelaki itu tidak elok. Mungkin keluarga lelaki tersebut tidak boleh menerima seorang perempuan yang ingin meminang lelaki... kini, saya ambil langkah menjauhi keluarga tersebut dan berusaha mengubati hati saya. Saya tidak kisah jika tidak diterima, cuma saya sedih apabila dihina sebegini. Semoga Allah mengubati kesedihan saya ini.