Lilypie Kids Birthday tickers
sisters, do you think that a prince of deen will marry you while you just sit in front of your laptop, busy updating your status about marrying a righteous man or sharing almost all of Irma Hasmie's marriage photos and saying how lucky she is to become a wife of a great man? Will a prince of deen look for you just because of your splendid poem about marriage, your 'surat-buat-calon-suami' entries or your 'menanti-bakal-imamku-dunia-akhirat' status?

Saturday, March 22, 2014

Belajar dan kerja

Assalamualikum. Hi bloggggg

Alhamdulillah harini dah start sem baru. Kejap je dah masuk sem 3. Result sem 2 , Alhamdulillah. :) sem 3 ni short sem. Short sem = 8 minggu. Dulu masa fulltime pun rasa sesak time short sem, ni pulak time part time, lagiiiiii lah sesak.

Ok, nak cerita sikit system part time study kat Multimedia University ni.

Part time study kat mmu kami panggil sebagai distance education. Alaaaa sama je dengan pjj je off campus etc. nama je lain. System pun maybe lain sikit :D MMU ada 3 sem setahun. 2 trimester tu long sem. Long sem ni takdela long sangat pun. Dalam 14 minggu je. Long sem boleh ambik paling banyak 6-7 subject, depends pada credit hours la. Short sem lak 8 minggu, ada 9 credit hours. Biasanya 9 credit hours ni bersamaan 3 subject. Ni kalau academic status awak okay, baru boleh ikut system ni. Kalau tak ok, under probabtion , kes lain lak. Eheh 

Kalau dulu masa fulltime, boleh la pilih nak class pagi ke petang ke tengah hari ke malam. Tapi bila part time ni takboleh dah. Semuaaaaa management yang tetapkan. Class cuma weekend sahaja. Tapi bukan bukan setiap minggu. Contohnya camni.. Minggu ni ada class hari ahad, minggu depan lak hari sabtu. Class start dari pukul 9pagi-3 petang. 1 hari cuma cover 1 subject je. 

Kalau masa fulltime, class panggil lecture kan. Tapi part time, panggil face to face. So, 1 sem (long sem) , 1 subject cuma ada dua face to face sahaja. Huhhuu. Contohnya 1 subject ni ada 14 chapter, so 1st face to face cover 7 chapter, next face to face pulak cover another 7 chapters. Gap antara 1st and 2nd face to face tu biasanya sebulan. 

Ok, tu untuk long sem. Tapi kalau short sem pulak, lagi perit sikit lah. Face to face cuma sekali je. Maksdunya 1 sem cuma 1 class & akan cover semua topic dalam subject tu  T.T biasanya lect cuma akan cover topic yang masuk dalam assignment. Chapter yang lain2 tu lecturer akan cakap "please read/study by your own" T.T

awesome tak..??? Haha *ketawa dalam menangis

Tapi sebenarnya best tau belajar sambil kerja. Baru dapat tahu takat mana kebolehan kita. Kalau dulu masa fulltime, result bagus macam tak rasa apa sangat sebab tak ada apa nak fikir selain stdy kan. Kalau result melingkup, memang kena blame diri sendiri la kan. Yela, dark bangun tido sampai nak tido semula memang sepatutnya fikir belajar je. Tapi bila part time ni, memang serius menguji tahap kesabaran diri sendiri. Haha. 

Belajar sambil kerja boleh jadi sangat seronok bila awak boleh bahagi masa dengan betul. Penat, memang penat. Kadang tu memang boleh sampai tahap exhausted tau. Terkejar2 buat semua benda. Tapi seriously bila dapat result , tengok semua A, memang rasa nak lompat bintanggg! Bahagia dia lain sangat :)

Sikit tips bagi korang yang ada cita2 nak belajar sambil kerja :

1:  bahagi masa sebaiknya. At least 1 hari luangkan masa 1 jam untuk study. Lebih lagi bagus. Tapi , mungkin susah kot. Yela, siang penat kerja kan. 1 jam je. Tak lama :)

2:  positive, positive, positive ! :) sentiasa positive. Bila tak faham, jangan merungut atau give up. Tak ada kejayaan datang bergolek tau! :)

3 :  bila ada subject mengira, jangan buat last minute. Subject mengira kena latihan. Takboleh main hafal step atau formula tanpa exercise. Okay? :)


Apa-apa pun, semua terletak pada diri sendiri. Semangat tu penting. Belajar ni part of ibadah jugak tau. Selalu tajdid niat. Kita study bukan cuma untuk naik pangkat atau dapat gaji besar, tapi belajar kerana Allah. 

Dulu pernah rasa cukup la belajar sampai degree je. Kalau ada master biasanya orang yang nak jadi lecturer je kannn. Tapi rasanya sekarang dah berubah dah fikiran. :) kena buat perancangan dari sekarang. InsyaAllah, moga dipermudahkan segala urusan kita semua :)

Till then ya cik blog omey omeyyyyy. Muah skek :p 




No comments: