Lilypie Kids Birthday tickers
sisters, do you think that a prince of deen will marry you while you just sit in front of your laptop, busy updating your status about marrying a righteous man or sharing almost all of Irma Hasmie's marriage photos and saying how lucky she is to become a wife of a great man? Will a prince of deen look for you just because of your splendid poem about marriage, your 'surat-buat-calon-suami' entries or your 'menanti-bakal-imamku-dunia-akhirat' status?

Saturday, March 25, 2017

Scam Company : FRESH GRAD, BEWARE!

Assalamualaikum.

fuhh fuhh lama betul bersawang ha belog ni. yelah sekarang ni zaman instagram je kan. semua benda nak update kat ig je. blog ni dah sepi sendu je. lulz. Memandangkan usia dah meningkat remaja (baca : tua haha), jadinya entry yang dihasilkan perlu lah selari dengan usia. ye dok :p

okay tak payah banyak celoteh, harini aku rasa terpanggil nak cerita pasal scam company. mana lah tahu boleh jadi panduan buat adik2 lepasan university kat luar sana.

Aku ada satu pengalaman dengan scam company ni, tapi nasib baik cepat tersedar. company tu nama Pro Infinity. Location kat Plaza Sentral. Tak ingat pulak level berapa sebab benda jadi dah bertahun2 lepas. Aku kerja situ 3 hari je kalau tak silap. Start khamis, jumaat & hari last tu isnin. selasa aku sengaja bangun lambat sebab weekend tu aku dah yakin yang company ni ialah scam company -.-"

okay, berbalik pada cerita aku kat company ni. Masa company tu call untuk interview, dia ada sebut nama company tapi tak berapa jelas. dia cuma cakap, datang interview esok untuk jawatan Admin Exec kat Plaza Sentral. Tapi masa dia bagitahu nama company, aku macam pelik jugak sebab seingat aku, aku takdelah apply kt company yg ada nama pro ke apa entah. tapi, umi dah pesan.. kalau dapat interview dari company apa pun, pergi je untuk pengalaman etc3.

Hari interview, aku pun beria lah ni pergi Plaza Sentral. Sampai kat Ground Floor, aku tengok lah directory. cari2 nama company tu takde. tengok jam dah lambat ni. aku terus lah call no yang call aku semalam. aku cakap aku dah sampai lobby tapi taktau company tu level berapa. Then dia bagi direction untuk aku pergi ke company dia tu. sampai2 je depan ofis tu, aku dah perasan satu benda yg pelik. TAK ADA nama company kat tempat receptionist dia. kosong je. okay, tu takpe lagi. aku teruskan je interview. Masa isi application form, form tu TAK ADA nama company jugak ye. okay, dah pelik kuasa dua. lepas dah isi form, datang interviewer. sorang perempuan melayu free hari, tak ingat apa nama syaiton tu lol. dia interview dalam bahasa melayu. dah lah interview dalam bahasa melayu, interview dia macam tak berkait langsung. tapi aku naif kot masa tu. fresh grad. lol. tak la fresh sgt, tapi belum cukup pengalaman haha. paling banyak dalam interview tu dia tanya pasal background family aku.

Balik dari interview, petang tu aku dapat call yang aku dapat kerja tu. tipu lah kalau tak happy kan. semua orang yg pergi interview akan happy bila kita dapat kerja. kan kan. aku pun start kerja tak lama lepastu. 1st day kerja, orang tu suruh sign macam contract of employment. aku beria ni baca, tapi dia yang peliknya tak tulis gaji kat situ. other benefits pun takde. hm pelik lagi dah masa ni. tapi aku teruskan jugak masuk bilik training. so masa training tu aku pun taktau apa diorang merepek, yang aku tahu aku ngantuk gila.

esoknya datang, boleh dah masuk kat ruang kerja tu. job scope aku masa tu kena teliti graph jadah apo tak tau. sumpah tak kait. lepastu sesama pekerja tak boleh cakap. nak makan pun manager teman. paling tak boleh blah, nak pergi memerut pun kena iring. bengong. nak balik pun sama. diorang akan lepaskan sorang demi sorang demi memastikan kitorang tak kenal dan takde peluang untuk beramah mesra antara satu sama lain. tapi, Allah sayang aku. aku punya rasa tak sedap hati tu buatkan aku tergerak nak google lebih dalam pasal company ni. aku jumpa banyak blog yg cerita benda yg sama. last day aku kat situ, masa solat zohor, aku terjumpa sorang staff kat situ. Ain nama dia. masa tu dia tarik aku. dia mintak phone number aku, lepastu dia cakap balik nanti jumpa kat KL Sentral. dipendekkan cerita, esok aku dah tak datang kerja. haha. tapi Ain ni hampir tertipu tau. Dia dah mintak abang dia buat loan bagai untuk invest dalam company ni. tapi nasib baik Allah selamatkan dia jugak.


tu cerita aku. yang aku nak bagitahu kat sini untuk adik2 kat luar sana, tolong berhati2 bila nak cari kerja. kat sini akak senaraikan macam mana nak tahu yg company tu ialah scam company.

1 - Bila dia call interview, tolong pastikan yang diorang hantar invitation email untuk memudahkan kerja awak untuk cari maklumat tentang company. contohnya nama company, tempat company etc2. yelah kalau takde basic info, macam mana awak nak prepare untuk datang interview tu kan.

2- Sebelum attend apa-apa interview, tolong buat research ye adik2. research yg betul2 research. takde dalam dunia company yg tak ada website. paling cikai pun kena ada fb page ke twitter ke camtu.

3- Bila sampai kat tempat interview, tengok sekeliling. At least company tu ada signboard dekat luar pintu ke apa. SSM cert ke apa2 jelah. Kalau takde, sila curiga. haha

4- Application form KENA ada nama company. kalau takde, curiga lagi kuasa dua!

5- Jangan gelap mata dengan tawaran gaji. merepek kalau awak tu fresh grad, tapi company offer gaji yang tak masuk akal.

6- Baca betul2 contract of employment. walaupun kau takde background HR, tapi kau kena tahu hak kau sebagai pekerja.

Kat bawah ni aku selitkan link blog orang yg pernah kena dengan scam company ni. oh lupa, kalau korang tanya pasal company ni pada interviewer, diorang akan cakap - company diorang proivde finacial services. merepek apa financial service pun aku taktahu.  kes aku dah lama bertahun-tahun lepas. tapi kalau google, masih banyak lagi company2 syaiton ni berleluasa. diorang akan tukar2 nama company.

so adik-adik, sila berhati-hati ye dalam mencari pekerjaan. memang sekarang ni susah sangat nak cari kerja. orang yang pengalaman pun susah nak dapat kerja, ni kan pulak yang fresh grad. sementara nak dapat kerja yg elok, awak kerja jela apa pun. gaji sikit takpe dik, yang penting berkat. tolong hati-hati tauuu. demi masa depan awak semua. terima kasih sudi baca berjela panjang ni. lol. babaiiii


http://amirmohdadham.blogspot.my/2014/02/scammed-company-beware.html

http://ctnurulaslinda.blogspot.my/2014/07/pro-infinity-scam-company.html

http://czuekazulaikha.blogspot.my/2013/01/fresh-graduate-awas-dengan-jawatan.html

http://syanida.blogspot.my/2014/04/binary-sdn-bhd-b-indulgence-binary.html

http://atultania.blogspot.my/2014/06/syarikat-penipu-awas-para-graduan-bila.html

No comments: